Translate
Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji dan sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila
sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka
dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan
adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka


Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy suka entri yg berkaitan amaran atau peringatan..
ReplyDeleteturut di ingat juga wanita itu adalah perhiasan dunia. hanya kerana 2 perkara maka wanita itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
1. tidak taat kepada suami yg soleh.
2. suka mengata-ngata atau bahasa mudahnya ialah MENGUMPAT.
ops.. diriwatkan juga golongan yg paling ramai didlm neraka kelak ialah wanita.
wutever kpd sekalian wanita don wori k, sbb tingginya darjat seseorang wanita itu ialah wanita yg solehah. Rasulallah SAW sendiri menyatakan wanita yg solehah itu lebih baik drpd 1000 lelaki yg soleh. wah!! xnk ker? he..
sekadar renungan bersama.. peace!!
hehe...mestilah nak...=)
ReplyDelete