Wahai diri yang memiliki nafsu dan kes0mb0ngan...
Kenapakah mesti berbangga dengan...
KECANTIKAN?
KEKUATAN?
KEPANDAIAN?
KETURUNAN?
BAKAT?
KUASA?
HARTA?
KEKAYAAN?
Tidakkah pernah terfikir dan merenungi asal kejadian diri?
Ke manakah diri akan berakhir kesudahannya?
mungkin hari ini kita gah sebagai manusia ters0h0r atau manusia yang memiliki segala kemewahan melimpah ruah...
atau mungkin kita se0rang marhain yang kutip-katap menyempurnakan pencarian nafkah seharian...
atau barangkali juga kita ini se0rang fakir yang...
CACAT...
H0D0H...
HINA...
KURANG SEMPURNA...
Apakah nilainya martabat dan takah darjah dalam s0r0t mata fikir se0rang insan berbanding penelitian ALLAH S.W.T.?
Tanyalah pada diri...
Apakah segala yang dimiliki itu benar2 hak kita sendiri?
Termampukah kita mengadakan segalanya tanpa rahmat Allah?
Insaflah bahawa hidup ini adalah suatu perhentian bagi sebuah perjalanan menuju kehidupan abadi yang tiada penghujungnya...
Segala yang dimiliki hanyalah pinjaman buat sementara waktu sahaja...
Walau bagaimana jua keadaan hidup kita, sesungguhnya Allah telah mengurniakan segala rahmat dan nikmat yang tidak terhingga...
Justeru itulah kita wajib bersyukur dengan hidup ini...
Sejak di dalam kandungan lagi, hidup kita ditadbir atas rahmat dan ketetapan Allah...
Cuba bayangkan, siapakah yang...
MENJAGA...
MEMBERI MAKAN MINUM...
MENGGERAKKAN KITA SEWAKTU DI DALAM RAHIM IBU...
Adakah dilakukan secara tabi'e?
atau mungkin ada yang beranggapan bahawa ibulah yang menjaganya?
Jika demikian, kenapa masih ada juga bayi yang meninggal dunia sebelum dilahirkan?
Sebenarnya inilah dalil kebijaksanaan Allah mentadbir hidup kita...
Sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Dialah (ALLAH) yang membentuk rupa kamu di dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
-ali imran : 6-
btui2! wa stuju..
ReplyDeleteape yg stuju?
ReplyDelete