Translate

Ikon Negeri Perak 2011


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Sebenarnya entri ni sudah lama ingin dipublishkan tetapi pelbagai masalah menimpa. Perasaan sedih dan hampir menitiskan airmata setiap hari hanya DIA sahaja tahu. Ini menyebabkan diri ini malas untuk mengupdate blog ditambahkan pula dengan panggilan telefon yang membuatkan saya hampir give up dengan diri ini. Alhamdulillah, family dan kawan2 sentiasa di sisi member sokongan. Syukran2, walau apa pun terjadi saya kena kuat demi orang2 yang saya sayangi...^__^

Saya juga kena ingat, ujian yang saya hadapi bukanlah seberat tanggungan rakyat PALESTINE yang hidup terseksa tak cukup makan, tak ada tempat tinggal akibat kekejaman ISRAEL laknatullah itu. Semoga kekuatan dan ketabahan mereka diredhai ALLAH dengan balasan yang berlipat kali ganda dan semoga umat ISLAM terus maju ke hadapan. 


VS  

Erm, berdasarkan tajuk entri ni saya merujuk kepada Juara AF8 iaitu Shahir  Zawawi yang berasal dari Perak dan telah diangkat sebagai Ikon Belia Negeri Perak oleh Menteri Besar, Dato’ Dr. Zambry Abd. Kadir. Bagi peminat Shahir, saya mohon maaf bukan niat ingin menghentam beliau tapi saya rasa semua sudah sedia maklum yang Juara Imam Muda 2011 jatuh kepada Imam Muda Hassan Adli Yahaya yang juga berasal dari Perak. So, kan best kalau Imam Muda Hassan yang jadi ikon belia untuk negeri Perak kan?

Imam Muda Hassan Adli (berbaju hijau) di majlis perkahwinan kakak dan abang ipar di SMA Izzuddin Shah, Ipoh

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.


Jadi, apa kata Ikon Belia Shahir AF8 ditukar kepada Imam Muda 2011 Hassan Adli? Siapa setuju, put your hands up!!! Hee...

Comments
8 Comments

8 comments:

  1. Setuju!! (walaupun bukan org perak..hehe)
    bg sya,Sebaik2 ikon semestinya seorg yg mampu merangsang org lain untuk menjadi lebih baik sama ada dalam 2 benda-dunya wa akhirah!=))

    ReplyDelete
  2. sudah lama xdpt buka blog anda. nyepi je skrg,ada prob ke? btw,setuju imam muda hassan is the best ikon. ilmu dunia akhirat mantop.

    ReplyDelete
  3. SETUJU imam muda hassan ...

    ReplyDelete
  4. sy pn suka imam muda hassan ni =)

    ReplyDelete
  5. to nur:

    Alhamdulillah, actually kite tgok pd akhlak n peribadi jugak...
    insyaAllah lebih baik pilih yg byk ilmu agamanya...=)

    ReplyDelete
  6. to Anonymous:

    sape ni ye?
    maybe xleh buka sbb private smentara utk btukar image..hee =p

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.