Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Bagi penggemar bedak sejuk (selalu pakai tiap-tiap malam),
korang tak payah beli. Belajar buat sendiri je, jimat kos (tu yang pentingnya).
Hehee, sebenarnya saya pun pernah pakai bedak sejuk ni sekali dua je tu pun
masa kecik2 dulu dok tengok ramai pakai. Sekarang ni bila dah besar, malas nak
pakai sebab tak reti dah. Lagi pula lepas je cuci muka, terus tidur.
Apa yang saya fikirkan dulu cara nak buat bedak sejuk tu
senang je sebab dok bayang ambil bedak pastu letak air sedikit dan kacau2. Dah
siap kacau2 sampai sebati baru dok gentel2 bagi bentuk bulat2. Mak dengan opah
gelak je dengar, mana taknya macam nak buat kuih pulak. Yelah orang sekarang
mana tahu sangat nak buat benda tu kan? Bagi diorang cukuplah beli masker,
pastu sapu kat muka.
Time tu dok asyik tengok mak dengan opah buat, baru saya
tahu begitu lama masa yang diambik untuk bedak tu. Cara2nya:
Ia dimulakan dengan merendam beras dalam sebuah bekas sehingga lembut antara tiga bulan sehingga dua tahun (lama sangat tu).
Bekas rendaman beras itu harus ditukar airnya setiap masa bagi
mengelakkan berbau busuk. Setelah selesai tempoh rendaman, beras tadi
perlu dikisar terlebih dahulu dan ditapis sebelum direndam semula selama
lima hari.
 |
Dah kisar boleh campur air |
 |
Kacau bagi sebati |
Selepas itu, beras yang dikisar akan digaul semula dengan air untuk
dititikkan di atas kain menggunakan daun pisang yang telah diubah suai
sebelum dijemur menghadap cahaya matahari.
 |
Cara tradisional guna daun je, kalau zaman moden korang boleh cari kat kedai alat tu. |
Lepas tengok opah dengan mak macam tak larat je nak picit
barulah saya dan kakak ambik alih...
 |
macam buat kuih pulak, hee... |
Diorang cakap even baru belajar tadi tapi bentuk saya buat
paling kemas, bulat dan comel, hehee...
 |
Macam pau kecik kan? |
kembang pulak bedak ni, tapi tak kisah
pun bab2 ni jelah pun yang pandai. Yang lain tu, merangkak2 belajar.
Selepas dah siap jemur, dah kering dan rasa gebu bolehlah letakkan bersama daun pandan.
Khasiat bedak sejuk ni bagus sebenarnya. Bedak sejuk digunakan secara meluas oleh pekebun dengan menyapukan pada
bahagian muka mereka supaya tidak gelap dipanah cahaya matahari.
Ia digunakan untuk mengelak muka seseorang ditumbuhi jerawat. Jika
digunakan sebelum tidur pada waktu malam pula, ia dapat mencerahkan
wajah selain petua tradisional untuk awet muda tanpa menggunakan botox
Bedak sejuk juga sesuai untuk budak kecil yang terkena ruam. Sapukan
sahaja bahagian yang terkena ruam itu dengan bedak sejuk yang
dicampurkan dengan garam beserta air.
Ia juga dikatakan penawar terbaik bagi mereka yang menghidap demam
campak. Ia dapat mengurangkan masalah demam campak selain menghilangkan
parut-parut akibat demam itu
Bedak sejuk juga digunakan secara meluas sebagai pengeras (upah) bagi
pengamal perubatan tradisional khususnya di kampung-kampung bagi
mengubati penyakit resdung (sinus).
p/s: so, kalau korang betul2 rajin tunggu dan nak jimat kos buat je sendiri...=p
tak jadi nak buat lama sgt nak kena tunggu tp cutelah pau kecik ko tu
ReplyDeletetak jadi nak buat lama sgt nak kena tunggu tp cutelah pau kecik ko tu
ReplyDelete-amin
Alah comelnya bedak sejuk. Kawan saya pun ada cerita proses nak buat tapi pun dah ingat lupa. Terima kasih entri nie. Heheh. :)
ReplyDeleteYang buat sendiri lagi bermakna :)
tak pernah pakai pun.
ReplyDeletetak pernah pakai pun.
ReplyDeletetak pernah pakai pun.
ReplyDeleteto Anonymous@amin:
ReplyDeletehmmm..lelaki pun pakai ke?
to Najihah Faizah:
ReplyDeletesame2, tu pun Opah ngan mak ajar...
kalau x, mmg xtawle..
buat tp xpakai pun...
xreti, hee...
to amirah:
ReplyDeletesy pn pakai 2x...
tu pun mase kecik2 dulu...=p