Translate

Jom buat biskut Chips Chocolate



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Kekalkan amalan, tingkatkan iman
Alhamdulillah, sudah 20 hari kita melalui Ramadhan...macam mana dengan mutabaah amalan Ramadhan kita? Semoga iman kita semakin kuat dengan segala latihan di bulan Mubarak ini dan berharap semua itu diteruskan walaupun di bulan-bulan yang lain, kita doakan sama-sama ye...^__^

Erm...insyaAllah lagi seminggu kita akan menjengah bulan Syawal, macam mana pulak persiapan raya? Diharapkan tiada pembaziran yang berlaku, cukuplah sekadar sederhana tetapi penuh keberkatan...

Nak belajar buat biskut Chips Choc???
Untuk anda yang usai solat sunat Terawih 8 kalau sempat jomlah try buat biskut Chips Choc yang sangat mudah ini, lagipun kanak-kanak sangat sukakannya...^__^  Saya ni prefer buat waktu malam sebab sambil buat bolehlah nak makan-makan kan?
Ok, tanpa membuang masa bahan-bahan yang diperlukan adalah:


400g Tepung gandum (diayak)
100gTepung jagung (diayak)
250g Gula perang (bukan gula merah)
370g Marjerin
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan chip coklat
½ cawan rice coklat
½ cawan nestum
½ cawan badam cincang (digoreng tanpa minyak atau dibakar)
p/s: Warna dan rasanya akan seperti biskut Chipsmore (plastic biru)...

Dah siap semua bahan-bahan???
Mula-mula sekali kisar gula perang dan marjerin bersama-sama sebiji telur dan satu sudu teh esen vanilla (untuk hilangkan bau telur). Kalau nak biskut berwarna coklat, sila masukkan serbuk koko.

adunan marjerin, gula perang, esen vanila dan telur

Then campur hasil yang dikisar tadi ke dalam bekas tepung gandum dan tepung jagung yang telahpun diayak, gaulkan semuanya. Lepas tu masukkan chip coklat, rice coklat, nestum dan badam cincang sampai dah rasa sebati. Kalau ada mana kurang tambahlah yang mana patut, ikut kesesuaian.

tepung gandum dan tepung jagung yang siap diayak

Dah siap, bolehlah buat apa-apa bentuk yang dikehendaki...

guna garfu je senang


Letaklah satu chip di tengah-tengahnya (terpulang pada anda untuk menghiasnya ikut kreativiti)

ready untuk dibakar

Dah ready nak bakar bolehlah masukkan dulang dalam oven dengan menggunakan suhu 150C atas bawah selama 15 minit. Alhamdulillah, inilah hasilnya.

inilah biskut selepas dibakar

InsyaAllah,boleh dapat dalam 200 biji biskut ni. Mesti rasa seronok nak teruskannya kan? Bolehlah dijamu pada Hari Raya nanti, saya pasti bukan setakat kanak-kanak sahaja yang akan sukakannya...^__^

dah boleh jual kuih tak?
p/s: Senang kan buat biskut ni?? apalagi, cubalah ye...^__^

Comments
1 Comments

1 comment:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.