Translate

Jom buat biskut Makmur


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah, inilah biskut yang paling ditunggu-tunggu oleh saya sendiri. Biskut Makmur yang menjadi favourite saya sejak dari kecil, memang pantang nampak tambahan pula jika biskut itu gebu.

Jom kita sediakan bahan-bahan dulu (boleh dibuat sehingga 200 biji):

Doh: 1kg tepung gandum (diayak)
        160g gula halus (dikisar)
        2 tin kecil minyak sapi
Inti: 300g kacang tanah yang digoreng (dikisar)
        70 g gula halus (dikisar)
Salutan: 150g gula aising

p/s: kalau tak larat buat banyak bahagi kepada 2 setiap bahan-bahan tersebut.

Erm, biskut ni kot yang paling simple sebab bahan-bahan pun simple je.

Saya mulakan dengan menyediakan bahan-bahan untuk intinya dahulu ye? Mula-mula sekali pastikan kacang tanah telah digoreng dan dibuang kulit. Gunakan 1 sudu minyak untuk menggoreng, goreng sehingga kacang itu kelihatan rangup jangan sampai hitam dan hangus pulak. Selepas itu senanglah untuk membuang kulitnya nanti.


Dah siap buang kulit semua bolehlah teruskan untuk dikisar, lagi senang kalau kisar sampai jadi macam ala-ala jem kacang tapi jangan terlalu cair. Pastikan jugak gula halus untuk inti juga siap dikisar halus. Then, bolehlah gaul kacang tu dengan gula yang siap dikisar halus. 


Dah siap pun untuk intinya, senang kan?

Ok, kita pergi kepada penyediaan bahan-bahan doh pulak.
Sekiranya gula halus untuk doh telah dikisar, anda hanya perlu gaul sahaja semua bahan-bahan doh tersebut bersama-sama sehingga sebati, lembut (yang halus mulus) dan boleh dikepal. Sekiranya doh anda tak boleh dikepal, masukkan sedikit minyak jagung (agak-agak sehingga doh boleh dikepal).
Peringatan: Kalau nak kegebuan tu, jangan terlalu lembut macam buat biskut-biskut yang lain ye.



Selepas tu, bolehlah bentukkan doh menjadi bujur atau bulat (saya prefer bulat sebab bulat tu comel, hee...) dengan memasukkan kacang dan gula yang telah kita gaul tadi.

Dah siap? Jom bakar pada suhu 140C selama 15-20 minit.



Ok, kalau dah settle semua bolehlah sejukkan dahulu biskut itu.
Kemudian barulah salutkan dengan gula aising (golekkan)


Sempat tak jamu raya ni, rasanya dah habis dimakan oleh saya ni. Kena buat banyak lagila nampaknya kan?

gebu kan? hee...

Tekstur dalam biskut makmur ni...=)

p/s: Kalau tak faham atau ada problem mana-mana boleh bagi tahu, insyaAllah pengalaman itu banyak membantu.
Comments
2 Comments

2 comments:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.