Translate

Ajari Aku Cinta!


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Sempena bulan Februari yang sinonim dengan Hari Valentine ni, saya ingin berkongsi serba sedikit input yang saya tahu dan dapat melalui talk "Ajari Aku Cinta" malam tadi...
Panelnya ialah adalah antara orag yang saya kagumi kerana ilmu yang ada pada mereka...
Mereka ialah Fatimah Syarha iaitu bekas pelajar UIAM dalam jurusan Fiqh dan Psikologi...
Beliau juga merupakan penulis buku dan novel 'Tautan Hati, Syabab Nur Kasih, Seindah Mawar Berduri dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul...
Panel yang kedua pula ialah Ustaz Nabil, salah seorang ahli kumpulan nasyid Far-East dan hos program di dalam Astro OASIS...

Di sebalik perkataan "Hari Valentine"

-kisah pertama-
Asalnya, Valentine ni bergaduh penguasa Romawi dengan pada tahun 270 masihi, 14 Februari...
Kemudian dia dihukum bunuh dandipenjarakan haknya untuk berkahwin, berkeluarga, dan berkasih sayang...
Dia digambarkan sebagai simbol ketabahan...
Pengikut-pengikutnya sangat sedih kerana dia tidak mendapat hak yang sepatutnya...
 Maka untuk mengingatinya, mereka jadikan hari tu sebagai hari keagamaan...

Bila zaman berubah, mereka jadikan pula pesta makan-makan untuk bergembira...
Kebetulan perkataan 'galentine' bermaksud cinta...
Jadi, bagi mereka elok bercinta pada hari valentine...
Kirim kadlah, bagi hadiah dan  macam-macam lagi...

Hari valentine itu lebih kepada meraikan kekasih, meraikan pasangan yang tak halal...
Tidak berpandukan Al-Quran n sunnah langsung...
Semua itu hanya rekaan rasional kepala mereka, kemudian disebarkan gereja...
Itulah salah satu cara menyerang pemikiran kita yang beragama Islam...

-kisah dua-
Valentine adalah paderi yang namanya Paderi St. Valentino.
14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi mengumumkan hari tersebut sebagai hari "kasih sayang" kerana padanya Islam adalah zalim!!!
Tumbangnya kerajaan Islam Sepanyol diraikan sebagai hari Valentine...


Islam itu syumul

Kenapa kita nak jeles, sedangkan kita ada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
Nabi Muhammad s.a.w mengajar ajar kita kasih sayang yang syumul...
Cara yang paling baik kita ucapkanlah kasih sayang kat kawan-kawan kita, keluarga kita...
Apabila menerima ucapan kasih sayang daripada kawan kita, balaslah juga "aku juga sayang kamu sebagaimana kamu sayang aku kerana Allah Taala"...
Sekarang ni majalah, pasar raya suka promosi hari Valentine tersebut bila tarikh 14 Februari menjelma...
Jadi, kita perlulah promosi Islam pada masyarakat...

Kalau tak jaga diri kita betul-betul, maka syaitan mula mencucuk...
Syaitan ini cukup licik...
Bila kita dah terlalu sayang dekat seseorang tu, maka butalah hati kita...
Sebab itulah, jadinya perkara yang tak diingini sehingga sanggup menggadai maruah kepada lelaki yang tak halal baginya...

Sebelum kahwin, memang nak sangat rasa benda tu...
Syaitan tu akan cuba mengambarkan keindahan pada kita...
Bila dah ditipu, kita akan dihantui rasa bersalah...
Tempat tak selesa, buat pun takut-takut...
Kalau dapat kahwin pun, hidup penuh kecurigaan...
Tapi jika cara yang halal, hati kita akan tenang kerana semuanya melalui cara yang halal...


~Nikah connecting people in halal way~

credit to : talk 'Ajari aku cinta' dan kedua-dua panel yang telah memberikan input-input yang berguna, syukran...=)

p/s: ayat ni kebanyakannya dari butir bicara Kak Fatimah Syarha sendiri yang saya ingat...

0 comments:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.