Translate

Saya belajar


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Haiyaa (masih di musim Tahun Baru Cina)...
Budak-budak sekarang sudah belajar bercinta, kalah saya masa di alam persekolahan dahulu...
Kalau setakat sekolah Menengah memang tak kisah (cinta monyet-monyet entah apa-apa je), tapi ni budak sekolah rendah kot...



Bila tanya darjah berapa...
"darjah Dua (2) kak"
erm, macam-macamlah kisahnya dengan makwenya...
siap ada telefon bimbit tuh dok tekan-tekan huruf nak bermesej...
Saya lepas SPM baru dapat tu pun guna duit gaji sikit (tadika as ustazah & baby sitter)...


Mentang-mentanglah teknologi sekarang dah canggih, budak sekolah rendah pun siap ada Facebook...
bercinta-cinta dalam Facebook, Myspace lagi...
"Adik belajar bercinta ape class dik, baik adik belajar mengaji ke bagi dapat nombor 1...lepas dah pulun, sampai masuk U...dah boleh aim nak kerja apa sebab adik pandai...haha, nak kahwin pun boleh...akak pun nak belajar habiskan degree, belajar bercinta lepas kahwinla dik oii"


Tersengih je budak tuh, nasib baiklah dia sempoi otak pun macam remaja...
Tapi yang lagi bagus saya lagi tinggi daripada dia, yelah budak sekarang ni semua tinggi-tinggi (sebab saya tak tinggi)...

Baca dan fahamkan:

Saya belajar,
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya tapi saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai...

Saya belajar,
bahawa perlunya waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,
bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik...

Saya belajar,
bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali serta orang yang begitu perhatian pada saya...

Saya belajar,
bahawa persahabatan sejati sentiasa bertumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh di antaranya melahirkan cinta sejati...

Saya belajar,
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan bukan bererti bahwa dia tidak mencintai saya...

Saya belajar,
bahawa sebaik-baiknya pasangan itu pasti pernah melukai perasaan saya dan untuk itu saya harus memaafkannya...

Saya belajar,
bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus-menerus...

Saya belajar,
bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda tapi kadang-kadang dari sudut pandangan yang berbeza...

Saya belajar,
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya...

Saya belajar,
bahawa tidak ada yang segera atau serba cepat di dunia ini kerana semuanya perlukan proses dan pertumbuhan kecuali saya ingin sakit hati...

Saya belajar
bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya...

Saya belajar,
bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai...

Saya belajar,
bahawa orang-orang yang saya kasihi justeru sering diambil segera dari kehidupan saya...

Saya belajar,
bahawa saya harus belajar dari kesalahan yang pernah saya lakukan dan hidup untuk masa depan bukannya terus-menerus melihat ke masa lampau..

Saya belajar,
bahawa cinta itu memberi dan mengerti tanpa harus diberi dan dimengerti...

Saya belajar,
bahawa apa yang kita inginkan tidak selalu sesuai dengan apa yang kita perlukan dan kita harus berlapang dada menerimanya...

Saya belajar,
bahawa keluarga saya adalah harta terbesar yang saya punya..

Saya belajar,
bahawa saya tidak boleh berhenti untuk belajar...



Saya ni malas nak panjangkan cerita belajar, saya belajar pun tak habis lagi...
Sebelum saya belajar, saya nak ucapkan selamat belajar untuk semua student yang bakal kembali ke universiti (saya kena balik UIA dah esok, huhu) mahupun sekolah (cuti nak habislah, haha)...

P/S: Belajarlah sampai berjaya, hehe...^__^


Comments
1 Comments

1 comment:

  1. budak budak skang memangla.. smua benda depa mudah dapat. sampai ade pakwe makwe. cih. orang dewasa pun tak mcam depa. tapi nak wat camana kan.

    btul tu, belajar ni benda yang tak sudah. sampai mati pun kena belajar.

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.