Translate

malas???




Tak tahulah kenapa hari ini (start malam semalam lagi) rasa malas sangat nak study... buka buku, tutup  balik...selak muka buka, tutup balik... baca buku, tutup balik... padahal ada midterm MKTG, group exercise dan quiz ACC... tetapi rasa malas sangat-sangat, siap makan-makan lagi sambil berborak dengan room-mate... room-mate pun macam tu jugak, kitorang 'stress' kot... haha, dalam pukul 12 tengah malam study sampai tertidur (boleh kira berapa muka buku dibaca)...

selepas sahur kononnya nak study tapi boleh pulak tertidur depan buku... lepas solat kononnya nak study lagi sampai pukul 9 pagi tetapi boleh pulak tertidur lagi... sedar je dah pukul 9 pagi! ni memang bukan study, tapi  namanya malas... kalut meng'iron' baju sambil membaca buku, kalut bersiap ke kelas sambil membaca buku...

sampai kelaz ACC, jadi blur je... soalan group exercise sangat susah, kami semua jadi blur jugak... tetapi nasib baik sir bagi tengok buku, dapatlah jugak menjawab yang termampu even boleh tengok buku... dan nasib baik jugalah dapat group members yang baik, cool dan saling membantu... tetapi bila masa tamat, exercise tu tak siap jugak... bukan group kami, semua group tak siap... huhu, susahnya!!! macam mana nak exam nanti???
















seterusnya masuk ke kelaz MKTG untuk menjawab midterm exam pulak, sambil jalan, sambil turun tangga boleh pulak baca buku lagi... sekejap selak chapter 4, sekejap selak chapter 5, sekejap selak chapter 6 dan seterusnya... bila dapat soalan punyalah berbelit-belit even MCQ, tetapi kalau pilihan jawapan tu ada 4 je tak apalah jugak ni tidak... a, b, c, d, e, kalau nak tembak pun possibility betul tu payahlah... tetapi nasib baik jugaklah, apa yang dibaca last minute tadi ada masuk, dapat jugak jawab... hehe, habis jawab je boleh balik... yeeha!!! awal sangat ni, adalah dalam 1 jam 1/2 antara kelas seterusnya... ingat nak balik bilik yang jauh kat atas bukit tu, tetapi rasa malas... kenapa ni??? selalu kalau gap 1jam je boleh rajin balik pulak...

tak tahu nak buat apa, so jalan-jalan ke arah library dengan kawan-kawan... masuk library ingat nak cari paper hari ini, tetapi ramai sangatlah orang... malaslah tunggu turn lama macam ni, terus keluar menuju ke lab meng'online'kan diri semata-mata ingin membaca paper sampailah azan Zohor berkumandang merdu... Alhamdulillah, dapatlah jugak pahala berjemaah di surau, tambah-tambah bulan puasa yang penuh keberkatan ni... pukul 2 petang tepat terus masuk kelas FIQH pulak... sambil dengar ustaz mengajar, sambil menulis cerpen... siap boleh jawab soalan sir lagi, mantap jugak!!! hahaha...

selepas tamat kelas untuk hari ini pada pukul 3.30 petang, maka beredarlah untuk ke bazaar... ajaklah seorang kawan ni teman, dia siap tanya soalan kelakar : "bukak ke bazaar pukul 3.30 petang macam ni"... apalagi balaslah soalan dia dengan muka selamba : "bazaar bukak je, tapi tak semua makanan ada lagi... tapi yang paling penting makanan utama setiap hari berbuka ada dah (rujuk kepada nasi kerabu dan keropok lekor), lagipun sangat malas nak turun balik lepas solat Asar semata-mata nak pergi bazaar...

sampai je kat bilik, terus tidur siap set alarm pukul 4.45 petang... malas nak study lagi, sedar je dah pukul 5.30 petang... alamak tak solat Asar lagi, tak study ACC lagi!!! selepas solat, baca Quran dan ma'thurat terus study.. malam ni ada quiz pulak, study pun tak paham sangat... bak kata room-mate, fokus time tutor, insyaAllah quiz boleh jawab... tengok je soalan, jadi blur... formula dah betul, tapi...huhu


kesimpulan: jangan malas!!! jangan menyesal di kemudian hari kalau dah terlajak perahu mana boleh nak patah balik... jadi, jangan tiru cerita di atas... (^__^)

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. Assalamualaikum cik izzati.lama us. tak dengar habaq,dah hampir dua tahun.raya nanti maila umah, jgn malas ya.hehe

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.