Translate

Salam Lebaran 1431 Hijrah


Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya tak lama lagi pada 10 September ini bersamaan 1 Syawal, insyaAllah...
macam mana persiapan semua?? mesti dah tak sabar kan??
tambah-tambah saya ni, maklumlah pertma kali bertambahnya bilangan keluarga...



Pertama sekali sangat penting diri ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang telah banyak mendidik diri ini menjadi insan yang beragama, insyaAllah...tiada tuhan melainkan Allah! walaupun bukanlah orang yang alim (yang banyak ilmu agama) tetapi at least tahu dan faham apa yang Islam suruh buat dan larang...diri ini masih belum cukup sempurna, doakan semoga berjaya menjadi insan yang bukan sahaja berguna untuk orang-orang tersayang malahan juga untuk agama dan negara...aaaminn!

Yang kedua buat pemimpin-pemimpin, guru-guru, ustaz ustazah dan pensyarah-pensyarah yang telah mendidik yang mengganti sebagai kedua ibu bapa buat diri ini...sunggu bersyukur dikurniakan insan seperti kalian kerana tanpa kalian susah jugak nak melahirkan generasi yang berjaya...teringat masa sekolah menengah, asyik kena cubit je tak dapat jawab dan Alhamdulillah dapat result terbaik untuk itu...(^__^) tetapi apabila melangkah ke alam universiti, tiada lagi cubit tiada lagi marah...semuanya bergantung pada diri sendiri, cuma agak payah belajar tanpa yang mengajar kan?? syukran dan terima kasih! jasamu sangat dikenang...

yang seterusnya tentulah kawan-kawan sepermainan, bermain masak-masak bermain kejar-kejar dan bermacam lagi...sungguh terkejut apabila melihat kalian sangat berbeza, maklumlah dah besar panjang...kawan-kawan sekolah yang banyak membantu memahami sesuatu subjek, berulangkaji bersama-sama...hinggalah ke alam universiti jugak tak hilang budaya itu lagi, mudahan apa yang dilakukan kita diredhai Allah dan semoga ilmu yang kita ada digunakan sebaik mungkin...insyaAllah, sangat berbangga mempunyai kawan yang ramai...(^__~)


yang terahir dan mungkin dikira sebagai paling muda belia...salam Aidilfitri buat adik-adik comel akak selama menjadi fasilitator kalian, mohon kemaafan andai ada yang terguris dengan nasihat atau kata2...semuanya untuk kebaikan kalian, semoga kalian berjaya dunia akhirat dan menjejak kaki ke menara gading...jemputlah datang rumah yer?? (^__^)

p/s: habiskan puasa dahulu, jangan gatal-gatal nak beraya dulu eh...
cakap pasal beraya, berlambak lagi assignment tak siap ni...mudahan sebelum beraya sakan sempatlah menyiapkan semuanya dengan baik, amin ya Rabbal alamin...(^__~)

0 comments:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.