Masuk Panggung Wayang
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Baru je bercakap dengan kawan ex-Banat School tentang isu tonton cerita di panggung Wayang atau dikenali dalam bahasa omputihnya Cinema...Pernah jugaklah masuk panggung wayang dengan kawan-kawan tengok cerita cartoon 3D tapi tu cerita 2 tahun lepas, Alhamdulillah sejak daripada itu memang dah berniat dan memang tak nak berniat masuk panggung wayang lagi...bak kata kawan saya, Cik suhaila masa kitorang tengah dating untuk shopping nak balik hostel (ayat ditukar kepada bahasa yang mudah difahami):
"Sekarang ni banyak benda yang tak elok, yang tak baik dah jadi macam satu budaya biasa bagi kita sekarang. Bukan je isu masuk panggung wayang, tetapi contoh yang terdekatnya macam couple"(banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita)
Betul tu! Jujurlah bagi orang yang tak pernah masuk, tak payahlah gatal-gatal nak masuk, tengok je cerita cartoon kat rumah je...bukan apa, even kita tengok cerita cartoon dengan family atau pun kawan-kawan (untuk yang pernah masuk) cuba cerita siapa orang lain yang berada di dalam tu jugak??? Rata-rata penonton tu adalah daripada kalangan couple kan??? Badan menghadap skrin wayang tapi mata dengan tangan kat tempat lain. Apa diorang buat??? Tak payah cakaplah, korang faham sendirilah...even benda tu nampak kecik, kan berdosa bersentuhan dengan muhrim...budak tadika (belajar agama) pun tahu, haram...
"Anjing lalu geli-geli (padahal dia tak sentuh pun), tapi bila boyfriend/girlfriend ni raba, sentuh, peluk, cium tak pula geli (biarkan lagi adalah)..."
Tu yang nak bagi tahu, even itu bukan kita tapi kira macam syubhah la kan sebab boleh timbul fitnah...Semalam jugak ada seorang member ajak tengok wayang tengok Nur Kasih The Movie, berkeras jugaklah saya tolak dan explain...Harap-harap fahamlah apa yang saya hujahkan ye???
Ustaz, ustazah, usrah selalu mengingatkan "Bagaimana kalau kita meninggal masa tengok wayang??? (Memanglah kita tahu ajal maut itu ketentuan Allah, tapi nak ke kita meninggal di tempat seperti itu??? mungkin selamat sekarang tapi akan datang??? Nauzubillah...T__T
Hukum Tengok Wayang daripada Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi:
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah ke atasnya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud” Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
P/S: Kalau nak huraian lebih lanjut, bagus dan berilmu boleh klik link di sebelah ni Bayyinat ^__^
nak share post ni punya link kat twiiter kita ey,zatty.aritu ada org tanya pasal kita hukum masuk panggung wayang.tapi kita pun tak sure.thanks. :)
ReplyDeletesalam zati.. ha.. akhirnya.. dapat jugak jejak awk.. cz arituh dye kate only recommended visitor je y dpt bukak.. tp tak dpt tglkan comment kat shoutbox. cube awk letak shoutbox tu ke ats sikit..
ReplyDelete# sidratul muntaha@fatin:
ReplyDeletemestila bley, share ilmu yg mne ade..=)
# al@k.alyaa:
ReplyDeletewsalam...ni kal alyaa kn??
owh yeke, xtaw plak...
sy pn dh pening dok edit xml/html blog nih...
huru hara jadik...=P