Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah, kali ni kita belajar buat biskut
Almond London pulak ye. Semestinya seperti kita semua tahu, biskut Almond
London nilah yang paling famous sejak daripada dulu lagi kan?
Resepi ni diambil daripada kakak saya. InsyaAllah,
kalau betul-betul ikut sukatan memang menjadilah. Sangat mudah untuk membuat
sukatan bahan-bahan (200 biji) yang diperlukan dengan menyediakan:
1 ketul buttercup (250g)
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung beras (diayak)
1 cawan tepung jagung (diayak)
1 cawan gula halus
1 sudu teh emplex
½ cawan badam/gajus (dikisar halus)
200 biji badam (digoreng atau dibakar)
Coklat:
1kg coklat hitam
3 sudu shortening
3 sudu marjerin
Hiasan : badam cincang (digoreng atau dibakar)
Dah ready?
Mula-mula sekali pastikan badam tu dah siap
digoreng dengan sedikit minyak atau nak mudah bakar dengan suhu. Dah siap
bolehlah simpan dulu, kita teruskan untuk mengadun
bahan-bahan utama.
Kisar gula halus dan butter sehingga sebati.
Kemudian baru masukkan tepung beras dan tepung jagung. Pukul semuanya sehingga
adunan menjadi sebati. Masukkan 1 sude teh emplex.
Then, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum
sehingga doh menjadi lembut. Selepas itu, barulah masukkan badam kisar. Gaulkan
semua adunan dan pastikan adunan tidak kering.
 |
adunan doh |
Sekarang, barulah kita gentelkan adunan dengan
memasukkan buah badam ke dalamnya. Bentukkan seperti yang diingini (bujur
ataupun bulat)
Setelah semuanya siap, bolehlah dibakar pada suhu
170C atas dan bawah selama 15 minit.
 |
dah siap dibakar |
Ok, dah sejuk semua
bolehlah buat coklatnya pulak. Cuma cairkan semua bahan-bahan coklat di dalam
periuk stim. Selepas semuanya sebati bolehlah salutkan biskut dengan coklat
tersebut macam ni.
 |
salutkan biskut dengan coklat
Tadaa!! dah jadik pun Almond London nih...^__^ |
 |
bulat tu comel |
Ok, jom isi banyak-banyak dalm balang pulak...Nanti bolehlah dijamu pada tetamu, yang sememangnya sukakan biskut ni kan?
 |
simpan stok untuk raya ni |
Erm, maaflah kalau ada kurang mana-mana. Seronok dapat share, dapat jugaklah nak memudahkan kawan-kawan mencuba membuatnya nanti. InsyaAllah esok, resepi biskut makmur yang sememangnya menjadi favourite saya dari kecil lagi. Wassalam. Niat puasa ok dan selamat bersahur ye.
i loike diz biscuit!!!!!
ReplyDeletebest!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletekalau tak pakai shortening tak apa ke?
ReplyDeleteshortening tu fungsi dia supaya coklat tu x melekat kat sarang/ paper cup tu.. so xder la comot2 , cuba lah nnti cookies kita terbentuk cantik jer..
Deletep/s: sy kakak tuan blog.. ekceli resepi tu sy ambik dri intenet juga..
Salam Kak.
ReplyDeleteNak Tanya serbuk emplex tu memang kene Guna ke? Kalau tak Guna Ada effect ape2 tak?