Translate

Pusat Asasi UIAM



Pusat Asasi UIAM


Salam, apa khabar semua kawan-kawan?  Entry ni saya buat khas untuk adik Muzakkir yang tanya syarat-syarat kemasukan ke UIAM dan jugak semua bakal student SPM 2011 yang berminat untuk program asasi di UIAM...So, bolehlah prepare dari sekarang ye...^__^



PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
(CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM)

1. LATAR BELAKANG

Objektif Program Asasi UIAM adalah untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini adalah menepati aspirasi falsafah, visi dan misi universiti yang diusahakan menerusi empat aspek penekanan iaitu integrasi, islamisasi, pendedahan antarabangsa dan kecemerlangan menyeluruh atau ringkasnya ‘triple ICE ’ atau ‘III CE’’ yang bermaksud `integration’, `islamization’, `internationalization’ dan `comprehensive excellence’. Dalam perlaksanaannya, universiti menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.

2. STRUKTUR KURSUS

Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada :
(i) Kursus Wajib Universiti yang mengandungi kursus-kursus dalam bidang :
(a) Bahasa Inggeris
(b) Bahasa Arab
(c) Pengajian Islam
(ii) Kursus Wajib Kulliyyah (Fakulti)
Kursus ini ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan ianya dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah.
(iii) Kursus Umum - Komputer
Kursus ini diwajibkan kepada semua pelajar. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan dalam pengendalian dan penggunaan komputer.

3. SISTEM SEMESTER

Program Asasi UIAM menggunakan sistem dua (2) semester biasa dan satu (1) semester pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem semester yang dilaksanakan secara asasnya adalah seperti berikut :

Semester Biasa Semester Pendek
Kuliah 7 minggu Kuliah 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu Ulangkaji 1 hari
Kuliah 7 minggu Peperiksaan 5 hari
Ulangkaji 5 hari Cuti Antara Semester 3 minggu
Peperiksaan 11 hari
Cuti Antara Semester 3 minggu
Dalam Semester Pendek, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil satu (1) atau dua (2) mata pelajaran dan ini boleh membantu mereka menamatkan pengajian lebih awal.

4. KAMPUS PENGAJIAN

Semua Program Asasi Sains UIAM dijalankan di Kampus Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Manakala semua Program Asasi Sastera UIAM dijalankan di Kampus Satelit Putra Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus ,


SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN

Program dan Tempoh Pengajian
Syarat Minimum  (Kategori A)
PROGRAM ASASI
(Untuk Bumiputera Sahaja)
SYARAT AM
(UNTUK SEMUA PROGRAM)
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya

2. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

3. Kepujian gred C dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut :

 Pendidikan Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah

ASASI SAINS HAYAT
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)

Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry
iii. Physics
iv. Mathematics
v. Additional Mathematics
vi. Bahasa Inggeris

ASASI SAINS FIZIKAL
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS/TEKNIKAL
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry
iii. Physics
iv. Mathematics
v. Additional Mathematics
vi. Bahasa Inggeris

ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry
iii. Physics
iv. Mathematics
v. Additional Mathematics
vi. Bahasa Inggeris

 ASASI KEJURURAWATAN
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry
iii. Physics
iv. Mathematics atau Additional Mathematics
v. Bahasa Inggeris

ASASI FARMASI
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry

2. Gred B dalam mata pelajaran berikut :

i. Physics
ii. Mathematics atau Additional Mathematics
iii. Bahasa Inggeris

ASASI PERGIGIAN
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry

2. Gred B dalam mata pelajaran berikut :

i. Physics
ii. Mathematics atau Additional Mathematics
iii. Bahasa Inggeris

ASASI PERUBATAN
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Biology
ii. Chemistry

2. Gred B dalam mata pelajaran berikut :

i. Physics
ii. Mathematics atau Additional Mathematics
iii. Bahasa Inggeris

ASASI SENIBINA DAN REKABENTUK ALAM SEKITAR
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS/TEKNIKAL DAN SASTERA
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B dalam mata pelajaran Mathematics

2. Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

3. TIGA (3) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :

 Physics
 Chemistry
 Biology
 Science
 Additional Science
 Pendidikan Seni Visual
 Ekonomi Asas
 Additional Mathematics
 Information & Communication Technology
 Sejarah
 Geografi
 Prinsip Perakaunan
 Perdagangan
 Bahasa Arab Tinggi
 Bahasa Arab Komunikasi
 Reka Cipta
 Seni Reka Tanda
 Hortikultur Hiasan dan Landskap
 Pengajian Kejuruteraan Awam
 Teknologi Kejuruteraan
 Hiasan Dalaman Asas
 Teknologi Binaan
 Landskap dan Nurseri
 Pengajian Keusahawanan
 Pembinaan Domestik
 Lukisan Kejuruteraan
 English for Science & Technology

dan mendapat kepujian gred C dalam mana-mana mata pelajaran berikut : Physics / Chemistry / Biology / Science / Additional Science / Lukisan Kejuruteraan

ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SAINS/TEKNIKAL
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B dalam mata pelajaran berikut :

i. Mathematics
ii. Physics
2. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut :

i. Additional Mathematics
ii. Chemistry
iii. Bahasa Inggeris

ASASI SAINS KEMANUSIAAN
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Nilai)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

2. Gred C dalam mata pelajaran Mathematics

3. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :

 Sejarah
 Tasawwur Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Science
 Geografi
 Sains Pertanian
 Perdagangan
 Additional Mathematics
 Information & Communication Technology
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Ekonomi Rumah Tangga
 Additional Science
 Literature in English
 Kesusasteraan Melayu
 Pengajian Keusahawanan
 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
 Pengajian Perkembangan Kanak-kanak
 Perkhidmatan Awal Kanak-kanak
 English for Science & Technology
 Physics / Chemistry / Biology

ASASI BAHASA INGGERIS
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Nilai)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

2. Gred C dalam mata pelajaran Mathematics

3. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :
 Literature in English
 Kesusasteraan Melayu
 Sejarah
 Science
 Geografi
 Perdagangan
 Information & Communication Technology
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Ekonomi Rumah Tangga
 Tasawwur Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Additional Science
 Pengajian Keusahawanan
 English for Science & Technology
 Physics
 Chemistry
 Biology

ASASI BAHASA ARAB
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred A- dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi

2. Gred C dalam mata pelajaran Mathematics

3. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :

 Bahasa Arab Komunikasi
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Tasawwur Islam
 Sejarah
 Science
 Information & Communication Technology
 Kesusasteraan Melayu
 Perdagangan
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Sains Pertanian
 Pengajian Keusahawanan
 English for Science & Technology

4. Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

ASASI EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Nilai)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred A- dalam mata pelajaran Mathematics

2. Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

3. TIGA (3) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :

 Additional Mathematics
 Ekonomi Asas
 Prinsip Perakaunan
 Perdagangan
 Geografi
 Information & Communication Technology
 Ekonomi Rumah Tangga
 Bahasa Arab Tinggi
 Bahasa Arab Komunikasi
 Physics
 Chemistry
 Biology
 Science
 Additional Science
 Sejarah
 Tasawwur Islam
 Pengajian Keusahawanan
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 English for Science & Technology

 ASASI UNDANG-UNDANG
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Petaling Jaya)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred A- dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran.

2. Gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

atau
Kombinasi gred B dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa
Arab Komunikasi atau Bahasa Arab Tinggi
3. Gred B dalam mata pelajaran Sejarah

4. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Mathematics

5. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :

 Science
 Literature in English
 Kesusasteraan Melayu
 Geografi
 Additional Mathematics
 Sains Pertanian
 Perdagangan
 Ekonomi Asas
 Information & Communication Technology
 Prinsip Perakaunan
 Tasawwur Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Physics
 Chemistry
 Biology
 Pengajian Keusahawanan
 English for Science & Technology

ASASI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU DAN WARISAN ISLAM
Terbuka kepada Kategori A :
ALIRAN SASTERA DAN SAINS
(Untuk Bumiputera Sahaja)
Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
(Kampus Nilai)
Memenuhi Syarat Am
serta
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi atau gred A- dalam Bahasa Arab Komunikasi

2. Gred B dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau
Pendidikan Syari’ah Islamiah
3. Gred C dalam mata pelajaran Mathematics

4. DUA (2) kepujian gred C dalam mata pelajaran berikut :

 Tasawwur Islam
 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Pendidikan Syari’ah Islamiah
 Kesusasteraan Melayu
 Sejarah






Comments
4 Comments

4 comments:

  1. assalamualaikum..
    kak, nak tanya blh?
    saya baru jer abis spm 2012 n brminat nk further studi kat uiam..
    for asasi perubatan, subjek apa yg dpelajari?
    bahasa arab dkira dlm CGPA? mcm mana dgn student yg langsung xde basic dlam bahasa arab? n kenapa asasi perubatan blajar 2 tahun? xmcm asasi u lain..
    hope sgt akak sudi jawab prsoalan saya.. ^^,

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...
    maaf sgt2 da jarang bukak blog ni...
    maaflah akak kurang mahir kalau berkaitan kos sc,,,
    sbb kampus sc di kuantan, yg lain2 di gombak...
    tp utk asasi perubatan belajar mcm sbjek bio, fzk ,kmia, d yg berkaitan medic...

    bahasa arab masuk pointer tp ikut kos sama ada affect skit atau byk...
    plg lama 2thn, sbb tula kelebihan uia kot byk belajar subjek bahasa jugak...

    in addition, b4 masuk uia akan ada ujian english dan arab...
    kalau dapat english exempted n arab exempted/x
    atau english level 6 n arab exempted/x,
    mungkin boleh buat matrix setahun atau stahun 1/2...

    pasal xde basic jgn risau sbb tu dlm asasi ada belajar, mcm akak ckp itulah kelebihan uia...^^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..sya bkas student sbpi spm 2013..saya dpt A+=pqs,psi A=bm,bi,mate,sj A-=arab tinggi b=fizik,bio c+=add math d=kimia,,kalau saya mntak asasi law..kalau saya dterima masuk boleh x saya tkar ke asasi sains hayat? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.