Translate

Resepi Oreo Cheese Cake


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua, macam mana cuti ni buat apa je kat rumah?

Erm, untuk penggemar cheese apa kata try buat Oreo Cheese Cake pulak. Cheese ada banyak khasiatnya, untuk lebih lanjut sila baca artikel di Kosmo. Tercabar jugalah apabila orang lelaki pun boleh buat cheese cake yang sedap, so tanpa segan-silu saya pun mendapatkan resepi daripada dia selepas menikmatinya pada hari raya puasa tahun lepas. InsyaAllah kalau rajin nak mencuba, kos buat sendiri tidaklah melebihi RM50 berbanding membelinya mahu sampai RM80. Alhamdulillah, sudah hampir 4 kali saya membuat kek cheese ini menjadi walaupun rupa tak berapa cantik. Oleh itu, saya ingin berkongsi cara penyediaannya yang paling simple pada anda. InsyaAllah, mudahan anda boleh faham...^_^

Bahan-bahan yang diperlukan:
A (Lapisan bawah)
1 paket biskut oreo (dikisar halus)
B (Lapisan atas)
500gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu segar
2 biji telur ayam (nak sedap lagi pakai telur ayam kampung)
1 paket biskut oreo (dihancurkan kasar)


Cara-cara penyediaan: 
A (Lapisan atas):
Untuk membuat base Oreo Cheese Cake, saya hanya menggunakan satu paket biskut oreo yang telah dibuang krim. Bergantung pada anda jugaklah, jika mahu oreo base tu tinggi bolehlah pakai lebih lagi. InsyaAllah, cara yang paling mudah saya hanya mengisarkan biskut oreo kemudian ratakannya di dalam loyang.

  
B (Lapisan bawah):
Putarkan cream cheese sehingga sebati. 


Kemudian, masukkan gula halus, esen vanilla, whipping cream dan susu segar.


 

 Putarkan sehingga sebati dan masukkan telur sebiji demi sebiji.

 

Masukkan biskut oreo yang dihancurkan kasar dan kacau sesedap rasa. Kalau ada lebihan biskut oreo, taburkan je atas kek tu nanti ataupun nak masukkan lagi dalam adunan pun boleh. Semuanya bergantung pada anda sendiri. Lagi banyak oreo lagi bagus, tak adalah muak bagi orang yang tak makan cheese sangat.


Dah habis kacau, bolehlah panaskan oven dahulu. Lepas tu masukkan bahan B ke dalam loyang. 

 
Bakar dalam 38-45 minit pada suhu 180C, ikutlah oven anda tu macam mana asalkan kek tu nanti masak dalam 3/4. Tapi saya bakar lebih sikit tu jadi gelap macam ni, hehe...=)


Taburkan je lebihan oreo yang dah dihacurkan, bergantunglah kalau nak letak biskut sebiji-sebiji pun boleh asalkan anda sukakanya. kalau nak warna dia cerah tak perlulah nak hias lebih-lebih macam saya ni ye...=p

 Lepas habis bakar sejukkan dahulu, kemudian baru boleh letakkan di dalam peti sejuk. Kalau nak rasa nikmat, makan masa kek cheese ni betul-betul sejuk. Best dan sangat sedap macam makan aiskrim...^_^

Credit to saudara Zul dan Saudara Suffian atas perkongsian resepi ini.
  
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. mengancam giler kek ko!

    ReplyDelete
  2. jimat duit tp penatlah nk buat.. ;p

    ReplyDelete
  3. salam dear, kau beri ILHAM pdku.tq. ;)

    ReplyDelete
  4. susu segar tu susu ape zati pkai?? nt gtau dlm shoutout mira yer =)

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.