Translate
Assalamualaikum...
Apa khabar kawan?
Disebabkan post sebelum ni berkaitan marah, jadi hari ni sabar pula ye?
Kita ni sabar tak kalau orang marah kita atau apa-apa yang menguji kesabaran kita??
Sahabat Rasulullah, Salman al-Farisi tidak pernah mempedulikan maki hamun 0rang terhadapnya. Setiap kali mendengar cemuhan dan maki hamun 0rang, dia sekadar berkata "Kalau ringan timbangan amalanku, maka tentulah aku lebih jahat daripada apa yang engkau katakan. Dan sekiranya berat timbangan amalanku, maka tidaklah mendatangkan mudarat kepadaku apa yang engkau katakan itu."
Begitu juga ulama Ar-Rabi' bin Khaitham, apabila dimarahi 0rang, dia hanya menjawab, "Saudara, sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata engkau. Sekiranya akau dapat mem0t0ngnya, maka tidaklah mendatangkan mudarat apa yang engkau katakan ini. Dan sekiranya aku tidak dapat men0l0ngnya, maka aku ini lebih jahat daripada apa yang engkau katakan."
Ulama Asy-Sya'bi pula pernah dimaki-hamun 0keh se0rang lelaki. Dia bukan saja tidak marah, malah telah mend0akan lelaki yang memakinya itu. Katanya kepada lelaki itu, "Sekiranya engkau benar, maka kiranya Allah mengampunkan d0saku. Dan sekiranya engkau dusta, maka kiranya Allah mengampunkan d0sa engkau."
1 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Kalau ringan timbangan amalanku, maka tentulah aku lebih jahat daripada apa yang engkau katakan. Dan sekiranya berat timbangan amalanku, maka tidaklah mendatangkan mudarat kepadaku apa yang engkau katakan itu."
ReplyDeletehuhuhu..
cerita yg best.. thanks for sharing.