Translate

Jangan Marah ya?

Assalamualaikum, hari ini saya ingin menulis tentang marah...
Pernah tak anda marah? 
Hee...ada ke 0rang yang tak pernah marah yer?

Marah
adalah sifat semula jadi yang ada pada manusia, hanya tingkatnya yang berbeza antara sese0rang. Bagi 0rang yang sensitif, hal kecil-kecil pun b0leh menyebabkan rasa marah yang berpanjangan. Tetapi bagi 0rang yang berfikiran terbuka dan matang, perkara yang besar dapat ditangani dengan baik tanpa rasa marah...

Marah adalah cetusan perasaan akibat terlalu benci kepada sesuatu (0rang, haiwan, atau benda-benda) yang menyakiti diri atau hatinya. 
Menurut IMAM GHAZALI, marah berpunca daripada cebisan api neraka yang bernyala. Kepanasan itu naik ke sudut hati lalu bersembunyi menjadi bara yang diliputi abu. Bara itu bernukim dalam hati bagaikan api dalam sekam. Apabila berlakunya sesuatu peristiwa, maka meletuslah bara itu menjadi api yang menyala...


Rasulullah melarang umatnya melayan rasa marah. Se0rang lelaki pernah datang bertemu Rasulullah untuk meminta nasihat. Kata baginda "Jangan marah." Lelaki itu mengulangi lagi dan baginda menjawab "Jangan marah."
-Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah-

Malah Rasulullah menyatakan "Bukan se0rang yang kuat dengan pergelutan. Sesungguhnya 0rang yang kuat adalah 0rang yang dapat mengawal dirinya ketika marah."
-Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah-

Kateg0ri Manusia:-
Ulama membahagikan 3 kateg0ri manusia dalam perkara berkaitan marah:


1-Manusia yang tiada sifat marah
Dalam keadaan tertentu, 0rang yang tiada marah dikatakan sebagai 0rang yang lemah dan tidak mempunyai rasa cemburu. Keadaan ini dicela agama. Walaupun sifat marah dicela agama, namun dalam keadaan tertentu, marah tetap diperlukan. Marah yang dibenarkan adalah apabila hak 0rang Islam dicabul. Dalam pada itu, 0rang yang lemah sifat marahnya se0lah-0lah tiada harga diri. Dia tidak upaya menjaga keh0rmatan diri sendiri dan 0rang lain. Malah jika dihina, dia tidak melawan...

2-Manusia yang mempunyai sifat marah yang melampau
Hal ini merujuk kepada kemarahan yang tidak dapat dikawal, sehingga terkeluar daripada pertimbangan akal dan agama. Atau dengan kata lain, sehingga hilang siuman. Tanda-tanda 0rang yang marah terlampau biasa ditunjukkan dalam keadaan luar biasa, kulit bertukar merah padam, gerak-geri tidak menentu, kaki tangan menggeletar. Mulutnya akan jadi lancang, b0leh menyerang 0rang lain atau membahayakn diri sendiri, dan dalam hati timbul rasa dendam dan ingin membalas dendam...

3-Manusia yang sifat marahnya dalam keadaan pertengahan
Sifat marah itu dicela, tetapi jika tiada rasa marah langsung, juga dicela. Maka manusia sebaik-baiknya berpegang kepada pimpinan agama dalam mengendalikan diri. Ada kalanya marah itu tidak perlu...

Bagaimana Hilangkan Marah?
Kaedah menghilangkan marah:

1-Berjuang menentang rasa marah
Jika perkara yang anda sukai itu adalah perkara yang dilarang, maka beratihlah untuk men0lak kesukaan itu. Begitu juga rasa marah, anda harus latih diri dengan cara bersesuaian untuk membiasakan diri supaya tidak jadi pemarah. Umpamanya, ada 0rang yang apabila marah, akan berjalan-jalan, atau ada yang duduk diam membisu...

2-Hilangkan merah padam di wajah
Jika kemarahan di puncak, berusahalah untuk mengawal diri sehingga kesan merah padam di wajah tidak kelihatan lagi. Anda b0leh menarik nafas panjang-panjang dan kemudian melepaskannya perlahan-lahan...

3-Ingat ALLAH
Alihkan perhatian dan pemikiran pada Allah. Jika kita rasa marah kita sudah ke kemuncak, maka ingatlah marah Allah lebih berlipat kali ganda yang tidak tergambar 0leh minda kita...

4-Alih perhatian pada perkara lain
Fikirkanlah perkara lain ketika anda diamuk marah kerana jika fikiran masih ditumpukan pada punca kemarahan, hati akan tambah berbara...

5-Segera ambil wuduk
Wuduk punya hikmah besar yang dapat menurunkan api kemarahan. Apabila berwuduk, maka dengan sendiri kita mengingati Allah yang mensyariatkan amalan tersebut. Ini sesuai dengan sifat air yang sejuk dan memadamkan api...

6-Hapuskan semua sifat kemungkaran
Biasanya punca tersinggung atau marah kerana tabiat diri sendiri yang meny0mb0ng, eg0 tak bertempat atau suka cari gaduh. Pantang s0mb0ngnya dibantah, umpatnya disanggah atau eg0nya disinggung, cepatlah dia melenting marah. Tetapi percayalah, jika sifat-sifat b0ngkak ini dijauhi, insyaAllah sifat pemarah juga akan hilang...

7-Marah bukan sikap yang berani
Ada 0rang jahil berfikir, pemarah itu sifat yang terpuji dan lambang keberaniaan. Itu tanggapan yang silap! Marah dan berani sama sekali berbeza kerana 0rang yang berani selalunya tidak cepat marah...

8-Kembali pada syariat
Jika sese0rang kembali kepada ajaran Islam, dia akan cepat sedar bahawa marah bukanlah sikap yang terpuji. Dengan ini, dia dapat membendung dirinya daripada cepat melenting tidak tentu fasal...

9-Ingat ancaman ALLAH
Bayangkanlah kemarahan Allah, saat datangnya hari kiamat, apabila bumi terbelah dan segala makhluk tidak dapat lagi melarikan diri daripada apa pun kesalahan yang dilakukannya. Dengan sendiri, kita akan insaf dan betapa besarnya kuasa Allah...

10-Ingati akibat permusuhan
Tinggalkanlah sifat permusuhan dan dendam mendendam keran itu semua akan menyebabkan keburukan dan mendedahkan aib sese0rang. Sebab marah, adik-beradik b0leh putus saudara, b0leh hilang kawan, dan suami isteri bercerai-berai. Bukan suatu kesan yang baik, bukan? =)

11-Buruknya rupa 0rang marah
0rang marah bagaikan seek0r binatang buas yang mengganas hendak menerkam mangsa. Bayangkan pula watak sese0rang yang santun, tersenyum dan tenang-betapa jauh bezanya. Jadi, yang mana pilihan anda? =)

12-Fikirkan akibat marah
Anda marah kerana anda terlalu ikut bisikan syaitan, sekaligus itu mendedahkan kelemahan dan keaiban diri sendiri, lantas menjadikan anda 0rang yang bakal dipandang rendah. Relakah menjatuhkan maruah diri sendiri kerana terlalu ikut rasa marah?

13-Amalan d0a jauhi marah
Pertama-Bacalah kalimah taawuz yang disuruh Rasulullah, "Aku berlindung daripada Allah daripada syaitan yang direjam."
-Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sulaiman bin Syarad-

Kedua-Jika masih marah, duduklah jika anda sedang berdiri. Jika sedang duduk,maka berbaringlah. Ini dapat meredakan kemarahan...

Ketiga-Sunat mengambil wuduk kerana kepanasan marah b0leh dikurangkan dengan air sembahyang...
-Maksud hadis Riwayat Abu Daud daripada Athiyah as-Sa'di-

14-Tahan marah kerana ALLAH
Niat kerana Allah, nescaya Allah akan membantu kita untuk meredakan kemarahan yang memuncak...


Comments
1 Comments

1 comment:

  1. marah....zaman sekarang ni banyak orang cepat marah..ish..ish..
    salam kenalan...
    mintak izin join sini....

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.