Dalam peristiwa Israk Mikraj, semasa Nabi s.a.w dimikrajkan ke langit bertemu dengan Allah s.w.t., terdapat suara-suara panggilan dari
syaitan, Yahudi/Nasrani dan dunia yang mana malaikat Jibril melarang baginda berpaling...
Ketiga-tiga panggilan inilah jika dituruti akan merosakkan umat manusia:-
1- Bisikan syaitan:
sentiasa akan mengganggu pemikiran manusia, khususnya kita yang berjuang menegakkan Islam. Bisikan inilah yang sentiasa meruntun jiwa insan sehingga lalai dari menuruti perintah Allah...
2- Golongan Yahudi dan Nasrani:
sentiasa berusaha untuk merosakkan Islam dari pelbagai sudut. Contohnya ini kita diasak dengan pelbagai bentuk hiburan yang disuburkan dalam jiwa khususnya anak-anak muda...
3- Dunia:
menghancurkan manusia dan melalaikan kita dari mengingati Allah. Bila kita terlalu sibuk mengejar dunia, kita akan melupakan Allah, lupa pada perjuangan menegakkan agama Allah...
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar
sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di
sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan
menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya
memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T
dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan
dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya
daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj
juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak
dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan
memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah
Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku
di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan
yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya
Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa
(kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah
dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.
Umat Islam perlu berusaha,
berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat
dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan
Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat
membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan
menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada
menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
0 comments: