Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Islam ialah satu agama yang seimbang. Tidur adalah dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam..
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
♥ Awal-awal pagi setelah terbit matahari...
♥ Selepas masuk waktu Asar...
♥ Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan...
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit...
- Merosakkan warna kulit...
- Melemahkan jantung...
- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap...
- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat...
- Melemahkan kecerdasaan akal...
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
♥ Tidur awal sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 malam dengan keadaan berwuduk dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat...untuk student macam kita pukul 12.00 tu kira paling lambatlah, jadi jom kita berusaha untuk tidur awal ...(~_^)
♥ Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur (walaupun kita ni tak ada buat salah dan berhutang dengan orang lain)...yelah, kita tak tahu bila ajal kita akan tiba,jadi sebelum kita pergi tak adalah problem...(^_^)
♥ Baca doa tidur sebelum dan selepas,bukan susah pun kan tapi ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)...kalau nak tahu, hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga...jadi, jangan lupa baca doa tidur ye...(z_z)
♥ Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat sebab ni adalah kedudukan tidur orang yang telah mati...(+_+)
♥ Baca Tasbih Fatimah (Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar...mana tahu jika kita mati malam itu, kita akan dikira sebagai mati syahid...(*_*)
♥ Baca 4 Qul (Surah ......)
tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia....insyaAllah, kita dapat tidur dengan lena dan aman juga...( '_')
♥ Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, dan tapak tangan di bawah pipi supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan...geraklah banyak mana pun, pastikan kita tidur macam ni sampai akhirnya...(~_~)
Peringatan :
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki...sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah...tutup aurat ketika tidur...
Diriwayatkan daripada Barraq bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Tidur yang terbaik:
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
♥ Bangkit di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud....Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang...kalau setahu saya juga kalau dah niat nak bangun tapi tiba-tiba tak larat atau tidak sedar (terjaga), Allah swt akan mengira seolah-olah kita telah bertahajjud sepanjang malam (kalau salah, betulkan ye)...(^_~)
♥ Kemudian tidur semula dan bangkit sebelum terbit fajar...jangan lupa solat Subuh pula (teringat cerita Ada♥aya, boleh pula tidur dengan suami kat tangga sampai hari dah siang...nampak dah tak solat Subuh dalam cerita tu)...(@_@)
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan...
he3..cutela kucing2 tu tido
ReplyDeleteRaging Bull Casino | Drmcd
ReplyDeleteRaging Bull 공주 출장안마 Casino has over 80 games and over 세종특별자치 출장마사지 1200 slot 동두천 출장마사지 machines and over 600 table games. Join 하남 출장마사지 the action today at Raging Bull Casino. 군산 출장샵 Check your