Semakin lama tak update sebab
dok busy main dengan anak buah dan rasa makin malas nak berblog…^__^
Erm, topik hari ni nak
cakap pasal doa…Adakah doa kita dimakbulkan??? Selalunya nAllah akan
mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika
pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu
bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita
lakukan. Di antara kemungkinan
itu ialah:
üAda kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.
üAda dinding yang membataskan kita dengan
Tuhan seperti dosa yang sudah
bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima
pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
üKita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan
kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
üBoleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah
satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang
ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak
dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab:
"Kerana hati kamu buta
(mati) disebabkan 10 perkara, iaitu":
üKamu mengenal
Allah tetapi kamu tidak menunaikan
hak-Nya.
üKamu sangka kamu
cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan
sunnahnya.
üKamu membaca
al-Quran tetapi kamu tidak beramal
dengannya.
üKamu makan nikmat
Allah tetapi kamu tidak bersyukur
kepada-Nya.
üKamu mengaku
syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak
menentangnya.
üKamu mengaku
syurga itu benar tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
üKamu mengaku
neraka itu benar tetapi kamu tidak lari
daripadanya.
üKamu mengaku mati
itu benar tetapi kamu tidak bersedia
untuknya.
üKamu bangun dari
tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
üKamu kebumikan
mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak
mengambil iktibar daripadanya.
Daripada 10 sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa
kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah.
Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah -
setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin
dikabulkan Allah. Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain
mengatakan;
Doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri
serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan
Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya
dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.
Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar
dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan
doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh
lainnya.
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan
dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:
üDoa hendaklah
dilakukan dalam waktu yang baik dan
mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir
dari malam dan pada waktu sahur.
üBerdoa dalam
keadaan yang mulia seperti ketika sujud
dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika
hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang
tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
üBerdoa dengan menghadap kiblat.
üBerdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan
tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
üBerdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak.
Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang
dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa
Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
üBerdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan
merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
üMengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan
Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
üMengulangkan doa yang diutamakan dua hingga
tiga kali.
üMemuji Allah di permulaan dan pengakhiran
doa.
üBertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan
diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.
0 comments: