Translate
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Seperti yang kita sedia maklum bulan Syaaban telah pun bermula dari 3
Julai 2011 dan insyaAllah malam ini (16 Julai 2011) kita akan berada di Nisfu Syaaban. Marilah kita banyakkan amalan di dalam
bulan yang penuh dengan keberkatan. Mudahan kita lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi...
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk
bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas
segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada
bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan
menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala
oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika
dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah
atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di
dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup
Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari
khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan
dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah
bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan
rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan
kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada
bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum
berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,
diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah
Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan
Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa
yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian
Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan
Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas
segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas
bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya
dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul
Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada
Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah
malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah
sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu,
kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka
terhadap ibu bapa.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syukran utk perkongsiannya..
ReplyDeleteTQ share. sdg bpuasa =)
ReplyDeleteto Ibnbakr:
ReplyDeleteafwan...=)
to Anonymous:
ReplyDeletewelkom, baguslah rajinkan bpuasa sunat...
insyaAllah bulan Ramadhan nnti lebih bersedia...^__^