Kenapa mahu meniru?
Salam, jumpa lagi...Alhamdulillah
dah settle paper Final Exam pada 13 April yang lalu, maka tamatlah sudah
riwayat semester ini...Bercakap pasal Exam (minggu Exam tak habis lagi bagi
mereka yang masih lagi tekun berjuang), teringat kes orang meniru... Kenapa
mahu tiru ye???
Bila saya tanya seorang kawan ni,
dia bagi tahu kebanyakan orang yang meniru sebelum Final Exam yakni Quiz,
MidTerm, Project ataupun Assignment sebab mereka nak dapat Carry Mark tinggi
sebab Final Exam belum tentu lagi lulus...OK, saya bukan nak bagi TIPS meniru
macam setengah orang buat tapi saya nak bagi sedikit perkongsian ilmu yang saya
dapat melalui pengajian Agama...
Terjemahan
kata-kata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin,
seperti berikut:
Tidak halal bagi seorang pelajar meniru
ketika menghadapi peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa
besar, kerana Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan
kami".
Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan
diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya. Kemudian,
dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu
tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil
yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi
gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.
Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia
sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat,
dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka
penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.
Saudara-saudara dan anak-anak
kita hendaklah berwaspada daripada perbuatan meniru dalam peperiksaan, dalam
apa jua subjek. Kerana, apabila Kerajaan telah menyusun kurikulum dengan cara
ini, dan pelajar memasuki sekolah, kolej atau universiti, dengan asas supaya
pelajar dapat iltizam dengan semua subjek dan kurikulum, maka wajib pelajar
menepati tuntutan ini, dan tidak melakukan khianat dalam apa jua subjek.
Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek
Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas.
Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh
pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua
subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat
terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.
P/S: Tak
perlulah meniru, Usaha, doa, dan tawakkal...kalau dapat keputusan yang baik
Alhamdulillah, kalau tak dapat mungkin
Allah nak menguji kita agar terus berusaha sebab rezeki kita mungkin kat tempat
lain kan??? Wallahu A'lam
nice one! Memang ia suatu kesalahan, tapi sering disalah anggap sebagai suatu yang dibenarkan pula :(
ReplyDelete