Translate

Isteri pukul suami?



Salam untuk semua bakal isteri dan paling utamanya juga yang sudah bergelar isteri...^__^

Dalam minggu ni banyak berita tentang isteri pukul suami, tendang suamilah...
Sedih je dengan perkara ni, sebab kita selalu dengar suami pukul isteri kan???





Hati wanita kebanyakannya lembut dan cepat sensitif, perkataan cerai tu yang paling tragik bagi mereka...
Sampai ramai wanita takut nak kahwin, takut nak hadapi alam perkahwinan seterusnya kehidupan berumahtangga bila dengar cerita macam ni daripada akhbar malahan bila ia berlaku kepada orang yang terdekat dengan mereka...
Nauzubillah min zalik...

Tetapi berbalik kepada tajuk saya, korang rasa ada ke lelaki yang takut nak kahwin sebab perempuan macam ni???
Cuba korang try search 'Isteri pukul suami', confirm yang keluar kontra dengannya (sebab dah try tadi)...
Bukan kadang-kadang, tapi jarang sekali kita dengar...




Fitrahnya wanita dilahirkan dengan naluri yang indah, lembut, sopan-santun...
Bila benda macam ni berlaku sangat pelik kan???
Kita kasihan dengan isteri yang dihentam suami, dan kita lebih kasihan kepada suami yang dipijak isteri...


Bukankah lelaki itu adalah ketua keluarga???
Semasa kita belum berkahwin, syurga itu di bawah kaki ibu...
Tetapi setelah berumahtangga, suami pulak yang mengambil alih tugas itu...


Adakah kerana si isteri itu terlalu 'tinggi' daripada suaminya???
Sehinggakan si suami takut untuk melawan???
Inilah yang kita selalu dok sebut 'Queen Control terlampau' (tak salah nak control tapi kena ada batasnya) dan lelaki ni pula sesuai dipanggil 'Lelaki Dayus' (maaf, penggunaan kata yang tak berapa sedap nak dengar)...


Isteri yang derhaka kepada suami:

1. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia". 

2. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya". 

3. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnyaterhadap suaminya."

4. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh. 


5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya. 

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."

7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya. 

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami. 

9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt. 



Kita sendiri belajar dan tahu bahawa ketaatan kepada suami sangat penting melainkan jika dia menyuruh kepada perkara yang melanggar syariat Islam itu sendiri...
Tiada nilai pada pangkat, harta dan seumpamanya berbanding ilmu agama pada lelaki tersebut...


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya:
“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat ath-Thabarani)



Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Kerana jika lelaki itu mempunyai ilmu agama yang kukuh, begitu juga pada wanita tersebut perkara sebegini takkan berlaku...
Jadi, sama-samalah kita memantapkan ilmu agama kita bukan sahaja untuk dunia tetapi bekalan hingga ke syurga abadi...
Mudah-mudahan kita dilindungi Allah sentiasa...^___^

0 comments:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.