Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Dah berlabuh tirai 2010 Masihi, maka naiklah tirai tahun 2011 pulak...
Seperti yang sedia maklum seperti post yang lepas, tak perlulah nak menyambut 1 Januari bagai nak rak yang dipenuhi dengan pesta kemaksiatan...
Cuba baca paper 1 Januari 2011, semakin meningkat perkara yang negatif tambahan pula dengan sambutan Tahun Baru yang melampau...
Kes remaja lari rumah, remaja sosial terlampau dan gejala buang bayi turut meningkat...
Seperti tidak ada perubahan, masih tidak sedar....bila ia akan berakhir???
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepadaNya kerana masih dipanjangkan umur...
Semoga tidak lupa akan segala perintahNya dengan menjalankan tugas sebagai hamba yang taat, anak yang solehah dan manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara...
Selepas mendapat message dari Nana, kitorang terus merancang untuk menziarahi keesokan harinya sebab mak arwah kata jenazah akan dikebumikan pagi...
Kami tiba agak lambat, pada masa tu arwah baru sahaja dimasukkan ke liang lahad...=(
Sangat sayang ida, arwah sangat baik...arwah adalah antara sahabat yang suka membantu kawan-kawannya tanpa mengira penat...=)
*Gambar allahyarham bersama adik lelakinya (arwah anak sulung)
Hari ini jugak arwah pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini
di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat
serangan jantung...
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan...
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti
Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2
tahun sembilan bulan...
*Gambar allahyarham bersama anaknya (hasil perkahwinan pertama dengan Nana)
Al-Fatihah! Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di syurga abadi...aamin!
Menanti Di Barzakh - Far East
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Apa yang saya dapat dari sini, nyawa kita adalah milikNya...
Tak perlulah nak membangga diri kerana hidup sihat walafiat kerana tanpa kita sedari bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil nyawa kita...
Jadi yang masih hidup, teruskanlah perjuangan untuk umat Islam...
Marilah bersama-sama kita bersatu berganding bahu....
Kuatkan azam agar Islam unggul di mata dunia...
Amin ya Rabbal alamin... ^__^
aty..nana pon teringat kisah 1 januari ni..detik pemergian ida..miss her so much!!
ReplyDeletesmoge dia bahagia kt sane..
:)
p/s : windu aty gak..