Translate

Cukupkah masa kita???


:86: Cukupkah masa kita???



1 hari = 24 jam
Satu TAHUN ???
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia
60 tahun - 70 tahun
Puratanya (majoriti) manusia meninggal ± 65 tahun...
“Baligh: Start untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun, manakala wanita baligh ± 12 tahun

Jadi, usia yang ada untuk kita beribadah kepadaNya, puratanya:
Ingatlah negeri kita… Akhirat Mati – Baligh = Baki Usia
65 tahun - 15 tahun = 50 tahun.
Jadi, 50 tahun yang bersamaan 18250 hari = 458000 jam digunakan untuk apa???

Gambaran kasarnya:
1. Waktu kita tidur bersamaan 8 jam sehari...
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk tidur 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 17 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun
 
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selama-lamanya...

2.Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam sehari...
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti 18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun
 
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi...

3.Waktu rehat ± 4 jam sehari...
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan...
"Jadi, masa yang kita telah gunakan adalah untuk waktu tidur + aktiviti di siang hari + waktu rehat yang bersamaan dengan 17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun...lalu bila kita nak beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya...

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya kita belajar agar mudah mencari pekerjaan kan??? Sekiranya belajar itu langsung tidak membantu menambahkan pendapatan kita, kita mungkin tidak akan belajar...betul tak???

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi pekerjaan yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya...

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi!!!
Kerana kita fikir solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…benarkah solat kita itu sudah mencukupi dan diterima???

Berapa banyak solat kita dalm 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit, 5 solat = ± 1 jam sehari...
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam = 2 hari
Kesimpulannya, waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita...itupun belum tentu solat kita bermakna, berpahala dan diterima, dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...
 
Logiknya, bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian...terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana...
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!! Ingatlah negeri kita…Akhirat
Comments
3 Comments

3 comments:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.