Translate

Pulau Perhentian | Terengganu - PART 1



Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Alaik...


Pulau

Pulau adalah bidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Dalam segi takrifan bahasa, hampir kesemua tanah yang dikelilingi air dikenali sebagai pulau. Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengandungi beratus-ratusan pulau walaupun secara umumnya hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia.





Jeti Kuala Besut yang sentiasa dipenuhi pelancong

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kawan baik saya Cik Feeza ajak bercuti di pulau. Hmm...pilih punya pilih akhirnya kami memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian selepas tamat practical training di sebuah Audit Firm di Kuala Lumpur. Saya memang dah lama berangan nak bercuti di pulau lagi. Setakat ini biarlah bercuti di pulau di Malaysia dahulu, pulau di luar negara tu insyaAllah coming soon...

  
Pulau Perhentian terletak di Kuala Besut, Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau danHawksbill untuk bertelur. Pulau perhentian terdiri dari dua pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.


Bersedia untuk ke pulau

Walaupun Pulau Kecil air lautnya lebih jernih dan more privacy, kami memilih package 3 hari 2 malam yang  dilengkapi snorkeling acivities dengan budget RM340 seorang di Pulau Besar kerana nak 'menjaga mata'. Anda yang berminat bolehlah rujuk di Booking.com untuk memilih tempat penginapan nanti. Perjalanan dari jeti Ke Pulau Besar mengambil masa kira-kira 30 minit, memang sangat teruja 
menaiki bot di atas laut. Bagi anda yang takut dengan ketinggian (gayat) atau mabuk laut tidak digalakkan duduk di depan bot kerana bahagian tersebut mudah dilambung ombak.


Jernihnya

Alhamdulillah, sampai juga di Pulau Perhentian Besar ni. Tak sabar rasa nak berjalan-jalan di sekitar pantai, swimming dan snorkeling di sini. Hmm...sebenarnya sangat penting untuk membuat preparation ke pulau antaranya berlatih water confident, contact lens bagi yang rabun, bekalan makanan dan minuman, tahu menggunakan peralatan snorkeling dan lain-lain lagi. InsyaAllah kalau water confident anda tinggi, boleh snorkeling lama-lama tanpa perlu memakai life jacket...


Shark point: Kawasan snorkeling

Nasib kitorang tak berapa baik, selama di sana tak dapat pun tengok penyu atau shark(padahal bila dengar shark point takut-takut je nak snorkeling) tapi walau bagaimanapun Alhamdulillah dapat tengok bermacam jenis ikan, batu karang dan hidupan yang lain secaralive. MasyaAllah, memang tak dapat nak dihuraikan perasaan sebenar di sini. Serius, sangat tenang berada di dalam laut. InsyaAllah next time nak pergi dengan family sendiri pulak , rasa rindu nak terokai hidupan laut secara lebih mendalam lagi.



Shark yang jinak





Penyu sama size manusia


























P/S : Emm...best kan? Jomlah diving pulak tapi kena ada lesen dulu...^_^



Photos taken from : Google and MyCanon

0 comments:



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.