Translate

Jom buat biskut Almond London



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah, kali ni kita belajar buat biskut Almond London pulak ye. Semestinya seperti kita semua tahu, biskut Almond London nilah yang paling famous sejak daripada dulu lagi kan?

Resepi ni diambil daripada kakak saya. InsyaAllah, kalau betul-betul ikut sukatan memang menjadilah. Sangat mudah untuk membuat sukatan bahan-bahan (200 biji) yang diperlukan dengan menyediakan:

1 ketul buttercup (250g)
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung beras (diayak)
1 cawan tepung jagung (diayak)
1 cawan gula halus
1 sudu teh emplex
½ cawan badam/gajus (dikisar halus)
200 biji badam (digoreng atau dibakar)

Coklat:
1kg coklat hitam
3 sudu shortening
3 sudu marjerin
Hiasan : badam cincang (digoreng atau dibakar)

Dah ready?
Mula-mula sekali pastikan badam tu dah siap digoreng dengan sedikit minyak atau nak mudah bakar dengan suhu. Dah siap bolehlah simpan dulu, kita teruskan untuk mengadun 
bahan-bahan utama.

Kisar gula halus dan butter sehingga sebati. Kemudian baru masukkan tepung beras dan tepung jagung. Pukul semuanya sehingga adunan menjadi sebati. Masukkan 1 sude teh emplex.

Then, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh menjadi lembut. Selepas itu, barulah masukkan badam kisar. Gaulkan semua adunan dan pastikan adunan tidak kering.
adunan doh

Sekarang, barulah kita gentelkan adunan dengan memasukkan buah badam ke dalamnya. Bentukkan seperti yang diingini (bujur ataupun bulat)

Setelah semuanya siap, bolehlah dibakar pada suhu 170C atas dan bawah selama 15 minit.



dah siap dibakar

Ok, dah sejuk semua bolehlah buat coklatnya pulak. Cuma cairkan semua bahan-bahan coklat di dalam periuk stim. Selepas semuanya sebati bolehlah salutkan biskut dengan coklat tersebut macam ni.



salutkan biskut dengan coklat

Tadaa!! dah jadik pun Almond London nih...^__^

bulat tu comel


Ok, jom isi banyak-banyak dalm balang pulak...Nanti bolehlah dijamu pada tetamu, yang sememangnya sukakan biskut ni kan?
simpan stok untuk raya ni
Erm, maaflah kalau ada kurang mana-mana. Seronok dapat share, dapat jugaklah nak memudahkan kawan-kawan mencuba membuatnya nanti. InsyaAllah esok, resepi biskut makmur yang sememangnya menjadi favourite saya dari kecil lagi. Wassalam. Niat puasa ok dan selamat bersahur ye.


Comments
5 Comments

5 comments:

  1. i loike diz biscuit!!!!!

    ReplyDelete
  2. best!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. kalau tak pakai shortening tak apa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shortening tu fungsi dia supaya coklat tu x melekat kat sarang/ paper cup tu.. so xder la comot2 , cuba lah nnti cookies kita terbentuk cantik jer..

      p/s: sy kakak tuan blog.. ekceli resepi tu sy ambik dri intenet juga..

      Delete
  4. Salam Kak.
    Nak Tanya serbuk emplex tu memang kene Guna ke? Kalau tak Guna Ada effect ape2 tak?

    ReplyDelete



Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.