Translate

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim... 
Salam Alaik...

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya. Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. 

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan.


Allah swt , memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dan rahmah. Tentu sahaja cinta, kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah saw bersabda maksudnya :
"Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri, janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuannya" (HR Tabrani)

Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya.

Islam juga membolehkan kaum wanita menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh. Sikap seperti ini tidak salah kerana bertujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah swt dan untuk memperolehi pahala daripadanya samada apakah tawarannya itu diterima ataupun sebaliknya.

 
Anas ra berkata : Ada seorang wanita yang datang menawarkan dirinya kepada Rasulallah saw dan berkata : Ya Rasulullah saw apakah baginda memerlukan aku?. Puteri Anas ra yang ada di situ mencela wanita tersebut. Kemudian anas ra berkata kepada anaknya itu : Dia lebih baik daripadamu wahai anakku. Wanita tersebut suka dengan nabi dan menawarkan dirinya. Kerana sikap wanita tersebut tidak melanggar tuntutan agama, maka Rasulullah saw tidak mencelanya, maka baginda menolak tawaran tersebut dengan cara berdiam diri, agar tidak melukakan perasaan wanita tersebut.


Islam juga memberi hak kepada kaum wanita agar menolak pasangan yang dijodohkan untuknya atau yang meminang dirinya. Jika orang tua atau wali sesuka hati memaksa kahwin dengan lelaki yang tidak disukai lantaran akhlaknya yang buruk, maka wanita itu berhak menolaknya.

Anis binti Qatadah mempunyai suami bernama Khanfasa` bin Khaddam yang meninggal dunia dalam Perang Badar. Ayahnya mengahwinkannya dengan orang lain secara paksa. Anis Bin Qatadah menghadap Rasulullah saw dan menceritakan nasibnya itu. Ya Rasulullah, ayahku memaksa aku kahwin dengan pilihannya, sedangkan aku lebih menyukai bapa saudara daripada anak-anakku sebagai pengganti suamiku. Maka perkahwinan itu dibatalkan oleh Rasulullah saw, dan Rasulullah saw merestui perkahwinan Anis dengan saudara suaminya, kerana kepentingan wanita tersebut dan anak-anaknya.

Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya agar menerimanya. Kerana orang tua selalu menginginkan agar anaknya bahagia, serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.

Perkahwinan yang berdasarkan paksaan kadang-kala akan menerima kehancuran kerana di antara suami isteri tidak sayang menyayangi dan tidak saling mencintai. Firman Allah swt maksudnya : 

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang."(Ar-Rum : 21)

Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri, maka janganlah mengikut keinginan nafsu sahaja. Perhatikanlah aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut. Jangan selalu mengutamakan kedudukan dan harta, kerana kedudukan dan harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagiaan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertakwa kepada Allah swt. Firman Allah swt maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(An-Nahl :97)

Jangan merasa bimbang jika calon suami tidak mempunyai harta yang banyak. Namun seandainya ia tergolong orang yang bertaqwa dan beramal soleh maka Allah akan memberikan rezeki yang cukup kepadanya. Abu Dzar berkata, bahawa Rasulullah saw bernah bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya aku mengetahui suatu ayat, sekiranya orang ramai berpegang teguh dengannya mereka akan hidup makmur." Kemudian baginda membacakan ayat tersebut maksudnya : "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki daripadanya arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu." (Ath-Thalaq :2-3)

Sumber : Hak Wanita Memilih Bakal Suami
 

Nes Zinatulhayah,
21 Februari 2013,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Bismillahirrahmanirrahim... 
Salam Alaik...
 
 
Di akhirat nanti, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya akan ditanggung oleh 4 lelaki iaitu:

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya


 
 Kita perlu tahu bahawa dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan adalah ditanggung mereka sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak mereka ke jalan yang benar (Islam).


“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja  yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”
(Surah Al-An’am : 164)

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga. Jadi, jika benar seorang wanita itu sayangkan ayahnya dan suaminya jagalah aurat :



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) 

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal atau kata orang sekarang hidung belang
(Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
Petikan dari (Hadis Riwayat At-Thabrani) 

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :  Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31.)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya 
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59)
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s: 
Kalau kita sayang ayah atau suami. Berubahlah. Berhijrahlah ke arah lebih baik. 
Wahai para suami, peringatkan isterimu. Sekiranya diri mereka terlupa untuk berhijrah ke arah jalan yang lebih baik.


Nes Zinatulhayah,
17 Februari 2013,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Salam Alaik...

Kenapa kita mesti katakan TIDAK dan TAK BOLEH sambut Hari Valentine?

Hari Valentine tidak disambut oleh orang Islam (bukan budaya Islam) kerana tarikh 14 Februari adalah hari memperingati kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol juga hari mengenang dan mengagungkan tokoh barat bernama Saint Valentino.  


وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” 
(Surah Al-An’am : 116)


Sebagai orang Islam, kita mestilah mengetahui tiada istilah hari 'Berkasih Sayang' kerana setiap hari adalah hari Kasih Sayang. Cinta utama kita hanyalah pada Allah, Rindu kita pada Rasulullah, dan Sayang kita pada ibu bapa dan keluarga kita sahaja. Selain itu, s






JAKIM juga telah mengeluarkan FATWA hari Valentine adalah HARAM disambut oleh orang Islam kerana hari tersebut tidak pernah dianjurkan dalam Islam. Tambahan pula, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur perbuatan zina dan maksiat dan ia amatlah bertentangan dengan ajaran Islam kita. 


Seperti yang kita sedia maklum, apabila seorang perempuan dan seorang lelaki yang halal berkahwin berdua-duaan ia boleh mengundang kepada zina dan perbuatan maksiat sebagaimana Allah telah berfirman di dalam al-Quran:

 وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةًۭ وَسَآءَ سَبِيلًۭ


"Dan jangan kamu hampiri zina kerana bahawasanya ia merupakan perkara keji dan jalan yang paling buruk."
(Surah al-Isra' : 32)

"ANDA BIJAK, JAUHI ZINA"


Nes Zinatulhayah,
12 Februari 2013,
Teratak Uswatun Kamunting, Perak...




Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Alaik...

Ramai yang dah post kad kahwin kat rumah, setiap bulan ada je jemputan walimah...jealous? (tak apa...Jodoh awal, habis belajar, kerja dapat, duit ada...^^)

Barakallahulakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kher...

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku. Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding kesolehanmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu.

Siapa yang tak nak suami soleh (terbaik) kan? Even lelaki sekarang nakal mana pun mesti nak cari isteri solehah.

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh."



1-Kuat agamanya..
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya..
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah..
Tidak pernah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah..
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros..
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya..
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon lelaki soleh.

7-Terbatas pergaulan..
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.



8-Rakan pergaulannya..
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab..
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajahnya..
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

~lelaki yang baik untuk perempuan yang baik~


InsyaAllah, mesti ada orang yang boleh memenuhi ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus ni jugak kan?
Bismillahirrahmanirrahim... 
Salam Alaik...



Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah seorang lelaki yang beriman , yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah, yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, yang sentiasa haus dengan ilmu, yang sentiasa dahaga akan pahala, yang solatnya adalah maruah dirinya, yang tidak pernah takut untuk berkata benar, yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah..




Lelaki Acuan Al-Quran...
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang jembalang..

Lelaki Acuan Al-Quran...

Adalah lelaki yang menghormati ibunya, yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..


Lelaki Acuan Al-Quran...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam, yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah, yang boleh diajak berbincang dan berbicara, yang menjaga matanya daripada berbelanja, yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.. 



Lelaki Acuan Al-Quran...
Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Lelaki Acuan Al-Quran...
Sentiasa mengingati mati, yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..

Lelaki Acuan Al-Quran...Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga, Di situlah rumah idamannya..



P/S: Wahai lelaki acuan al-Quran, lelaki idaman...ingin aku memilikimu, menjadi makmum dan sayap kirimu nanti...




Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.