Translate

Showing posts with label NES Photography. Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim... 
Salam Alaik...

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya. Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. 

Islam memberi jaminan terhadap kebahagiaan kaum wanita. Mereka diberikan hak-hak untuk menentukan samada menerima atau menolak calon suaminya. Tidak seorang pun yang boleh memaksa kaum wanita untuk menentukan calon suaminya, kerana kehidupan berumahtangga tidak bolah didirikan atas dasar paksaan.


Allah swt , memberikan setiap perkahwinan itu dengan rasa kasih sayang dan rahmah. Tentu sahaja cinta, kasih sayang dan rahmah tidak akan ada jika perkahwinan itu dilaksanakan dengan paksa. Rasulullah saw bersabda maksudnya :
"Mintalah pendapat kaum wanita dalam masalah mereka sendiri, janda menentukan dirinya sendiri, sedangkan diamnya gadis menandakan persetujuannya" (HR Tabrani)

Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya.

Islam juga membolehkan kaum wanita menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh. Sikap seperti ini tidak salah kerana bertujuan ingin mendapatkan keredhaan Allah swt dan untuk memperolehi pahala daripadanya samada apakah tawarannya itu diterima ataupun sebaliknya.

 
Anas ra berkata : Ada seorang wanita yang datang menawarkan dirinya kepada Rasulallah saw dan berkata : Ya Rasulullah saw apakah baginda memerlukan aku?. Puteri Anas ra yang ada di situ mencela wanita tersebut. Kemudian anas ra berkata kepada anaknya itu : Dia lebih baik daripadamu wahai anakku. Wanita tersebut suka dengan nabi dan menawarkan dirinya. Kerana sikap wanita tersebut tidak melanggar tuntutan agama, maka Rasulullah saw tidak mencelanya, maka baginda menolak tawaran tersebut dengan cara berdiam diri, agar tidak melukakan perasaan wanita tersebut.


Islam juga memberi hak kepada kaum wanita agar menolak pasangan yang dijodohkan untuknya atau yang meminang dirinya. Jika orang tua atau wali sesuka hati memaksa kahwin dengan lelaki yang tidak disukai lantaran akhlaknya yang buruk, maka wanita itu berhak menolaknya.

Anis binti Qatadah mempunyai suami bernama Khanfasa` bin Khaddam yang meninggal dunia dalam Perang Badar. Ayahnya mengahwinkannya dengan orang lain secara paksa. Anis Bin Qatadah menghadap Rasulullah saw dan menceritakan nasibnya itu. Ya Rasulullah, ayahku memaksa aku kahwin dengan pilihannya, sedangkan aku lebih menyukai bapa saudara daripada anak-anakku sebagai pengganti suamiku. Maka perkahwinan itu dibatalkan oleh Rasulullah saw, dan Rasulullah saw merestui perkahwinan Anis dengan saudara suaminya, kerana kepentingan wanita tersebut dan anak-anaknya.

Tidak ada yang berhak memaksa seorang gadis untuk kahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Tetapi jika ayahnya telah memilih untuknya suami yang soleh maka itu lebih baik baginya agar menerimanya. Kerana orang tua selalu menginginkan agar anaknya bahagia, serta memperolehi suami yang bertanggungjawab.

Perkahwinan yang berdasarkan paksaan kadang-kala akan menerima kehancuran kerana di antara suami isteri tidak sayang menyayangi dan tidak saling mencintai. Firman Allah swt maksudnya : 

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang."(Ar-Rum : 21)

Jika kaum wanita atau gadis ingin memilih calon suaminya sendiri, maka janganlah mengikut keinginan nafsu sahaja. Perhatikanlah aspek keimanan dan ketakwaan yang dimiliki oleh calon suami tersebut. Jangan selalu mengutamakan kedudukan dan harta, kerana kedudukan dan harta boleh lenyap bila-bila masa sahaja. Allah akan menjamin kebahagiaan hidup suatu keluarga di dunia ini jika mereka beriman dan bertakwa kepada Allah swt. Firman Allah swt maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(An-Nahl :97)

Jangan merasa bimbang jika calon suami tidak mempunyai harta yang banyak. Namun seandainya ia tergolong orang yang bertaqwa dan beramal soleh maka Allah akan memberikan rezeki yang cukup kepadanya. Abu Dzar berkata, bahawa Rasulullah saw bernah bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya aku mengetahui suatu ayat, sekiranya orang ramai berpegang teguh dengannya mereka akan hidup makmur." Kemudian baginda membacakan ayat tersebut maksudnya : "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki daripadanya arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu." (Ath-Thalaq :2-3)

Sumber : Hak Wanita Memilih Bakal Suami
 

Nes Zinatulhayah,
21 Februari 2013,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Bismillahirrahmanirrahim... 
Salam Alaik...
 
 
Di akhirat nanti, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

1. Ibunya
2. Isterinya
3. Anak Perempuannya
4. Saudara Perempuannya

Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya akan ditanggung oleh 4 lelaki iaitu:

1. Suaminya
2. Ayahnya
3. Anak lelakinya
4. Saudara lelakinya


 
 Kita perlu tahu bahawa dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak perempuan adalah ditanggung mereka sendiri. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak mereka ke jalan yang benar (Islam).


“Katakanlah: “(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja  yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.”
(Surah Al-An’am : 164)

Dahsyatnya seorang wanita ciptaan Allah SWT yang Maha Hebat. Tangan yang menghayun buaian mampu menjadi tiket kepada lelaki sama ada ke neraka atau syurga. Jadi, jika benar seorang wanita itu sayangkan ayahnya dan suaminya jagalah aurat :



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) 

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal atau kata orang sekarang hidung belang
(Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
Petikan dari (Hadis Riwayat At-Thabrani) 

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :  Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31.)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya 
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59)
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s: 
Kalau kita sayang ayah atau suami. Berubahlah. Berhijrahlah ke arah lebih baik. 
Wahai para suami, peringatkan isterimu. Sekiranya diri mereka terlupa untuk berhijrah ke arah jalan yang lebih baik.


Nes Zinatulhayah,
17 Februari 2013,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...

Salam Alaik...

Kenapa kita mesti katakan TIDAK dan TAK BOLEH sambut Hari Valentine?

Hari Valentine tidak disambut oleh orang Islam (bukan budaya Islam) kerana tarikh 14 Februari adalah hari memperingati kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol juga hari mengenang dan mengagungkan tokoh barat bernama Saint Valentino.  


وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” 
(Surah Al-An’am : 116)


Sebagai orang Islam, kita mestilah mengetahui tiada istilah hari 'Berkasih Sayang' kerana setiap hari adalah hari Kasih Sayang. Cinta utama kita hanyalah pada Allah, Rindu kita pada Rasulullah, dan Sayang kita pada ibu bapa dan keluarga kita sahaja. Selain itu, s






JAKIM juga telah mengeluarkan FATWA hari Valentine adalah HARAM disambut oleh orang Islam kerana hari tersebut tidak pernah dianjurkan dalam Islam. Tambahan pula, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur perbuatan zina dan maksiat dan ia amatlah bertentangan dengan ajaran Islam kita. 


Seperti yang kita sedia maklum, apabila seorang perempuan dan seorang lelaki yang halal berkahwin berdua-duaan ia boleh mengundang kepada zina dan perbuatan maksiat sebagaimana Allah telah berfirman di dalam al-Quran:

 وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةًۭ وَسَآءَ سَبِيلًۭ


"Dan jangan kamu hampiri zina kerana bahawasanya ia merupakan perkara keji dan jalan yang paling buruk."
(Surah al-Isra' : 32)

"ANDA BIJAK, JAUHI ZINA"


Nes Zinatulhayah,
12 Februari 2013,
Teratak Uswatun Kamunting, Perak...




Salam Alaik...


Jika kita ingin orang lain senyum pada kita, maka senyumlah kepada mereka...

Ada seorang sahabat saya pernah mengadu, dia senyum kepada seseorang tu tetapi tiada reaksi senyuman dibalas...malah ada orang pernah kata dia tak suka senyum, muka selalu serius...Erm, apa yang terjadi pada dia pernah saya alami dan saya rasa semua orang pun pernah kan?


Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:"Rasulullah SAW bersabda "Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya."


Bagi pendapat saya, fikirlah POSITIF...mungkin orang tu tak sedar kita senyum padanya atau mungkin dia tengah ada problem...Jadi, janganlah berputus asa untuk terus senyum kepada sesiapa yang kita jumpa melainkan niat untuk menggoda...^^

Dari Abu Zar r.a :- Rasulullah s.a.w bersabda : "Senyum kepada saudara (muslim)mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyinkirkan batu-batu, duri-dudri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah". [Riwayat At-Tirmizi]


Biarpun dia tetap tak mahu membalas senyuman kita, kita perlu teruskan SENYUM SOKMO kerana SENYUM ITU SEDEKAH tetapi janganlah senyum tak bertempat setiap masa setiap waktu nanti lain pula orang kata...=D


10 Fakta menarik tentang SENYUM SOKMO:

Senyum Elok Untuk Tubuh
Setiap kali kita berkerut, kita secara tidak langsung menggerakkan 43 otot muka manakala apabila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot sahaja. Ada kajian mengatakan bahawa selalu senyum dapat mengurangkan tekanan darah. Tambah sedikit dengan gelak akan menyebabkan tubuh badan anda bersenam dengan sendirinya. Ketawa dapat menurunkan kalori sehingga 20%.

Senyum Ertinya Manusia
Satu perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah senyum. Senyum bukan perkara yang diajar tetapi ia mekanisma semulajadi yang berlaku sewaktu kita lahir. Kajian menunjukkan setiap bayi yang disambut akan senyum pada 2 atau 3 jam selepas lahir.

Wanita Lebih Gemar Senyum
Fakta membuktikan bahawa wanita akan senyum 62 kali sehari berbanding lelaki yang hanya akan menunjukkan gigi (senyum) 8 kali sehari. Kajian ini dilakukan terhadap dua jantina yang mempunyai sama kerjaya dan di tempat yang sama kerana setiap tempat kerja mempunyai etika tersendiri.

Senyum Mempunyai Jenis dan Kelas
Gembira bukan satu-satunya perkara yang membuatkan kita tersenyum. Kajian menunjukkan manusia mempunyai 19 jenis senyuman. Ia bergantung kepada situasi dan emosi termasuk kebencian dan marah. Secara umum kita boleh menilai sama ada orang itu senyum ikhlas atau tidak.

Kecantikan Lahir Daripada Senyum
Apabila ditanya semasa soal-selidik di Scotland University, siapakah pelajar yang paling menarik? Masing-masing menuding jari ke arah mereka yang sedang senyum. Dalam laporan kajian, 69% wanita nampak muda dan menarik apabila senyum berbanding yang hanya menggunakan solekan semata-mata.

Senyum Panjangkan Hayat
Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih.

Perkahwinan Yang Bahagia Datang Daripada Senyuman
Pengkaji di DePauw Uniersity pula mendapati pasangan yang mengukir senyuman dengan kerap kebiasaannya adalah pasangan yang paling erat. Kerana senyum mampu membuat bukan sahaja keluarga bahagia malah orang di sekeliling juga turut tertarik untuk bersama-sama gembira dan membentuk hubungan positif.

Senyum Tingkatkan Hormon Gembira
Senyum menurut kajian sains akan melepaskan hormon endorphins, hormon yang membuat manusia suka. Bukan itu sahaja malah ia juga meningkatkan bahan kimia dipanggil Serotonin iaitu bahan kimia yang mengurangkan tekanan dalam badan.

Lawan Demam Dengan Senyuman
Tahukan anda bahawa apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan anti-body dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

Senyum Itu Wabak
Semasa kajian atau eksperimen dijalankan di Sweden, peserta yang terlibat menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berkerut apabila melihat peserta lain senyum ke arah mereka. Apa yang terjadi tanpa disedari mereka akan senyum kepada mereka semula. Mulalah untuk senyum kerana satu dunia akan seyum kepada anda.


Nes Zinatulhayah,
9 Februari 2013,

Teratak Uswatun Kamunting, Perak...
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Alaik...

Ramai yang dah post kad kahwin kat rumah, setiap bulan ada je jemputan walimah...jealous? (tak apa...Jodoh awal, habis belajar, kerja dapat, duit ada...^^)

Barakallahulakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi kher...

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku. Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding kesolehanmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu.

Siapa yang tak nak suami soleh (terbaik) kan? Even lelaki sekarang nakal mana pun mesti nak cari isteri solehah.

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi berusahalah menjadi yang soleh."



1-Kuat agamanya..
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya..
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah..
Tidak pernah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah..
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros..
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya..
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon lelaki soleh.

7-Terbatas pergaulan..
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.



8-Rakan pergaulannya..
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab..
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajahnya..
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

~lelaki yang baik untuk perempuan yang baik~


InsyaAllah, mesti ada orang yang boleh memenuhi ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus ni jugak kan?
Salam Alaik...

Ingat tak kes kitorang beratur panjang kat Man Burger tu tapi tak dapat-dapat sebab dah habis...Entri sebelum ni Man Burger Kukus Lava vs Fiske Steakhouse..So, daripada kena beratur panjang, jom kita buat sendiri...=p

Adik-adik lelaki punya kerja la ni...


Stok diorang yang suka kelaparan tengah-tengah malam tambah-tambah kalau tak ada orang kat rumah nak masakkan untuk diorang...ish2, makan nasi kurang sayang masak banyak-banyak tak habis...=(


Seorang dua burger, badan tak besar-besar pula...


 Ni haa burger adik saya yang dia buat sendiri, simple tapi boleh buat dia kenyang kalau kelaparan...=p

Burger ayam+daging specual, xde sayur (lupa nak beli)






Sekian...(baru lepas makan pizza 3 slice, hehe)

Nes Zinatulhayah,
28 Januari 2013
Salam Alaik...

Sampai je rumah, adik lelaki saya hidangkan ayam madu lada hitam bakar (ingatkan dia beli sebab rupa macam kat kedai)...rupa-rupanya dia yang buatkan, mak bagitahu sejak beli tempat pemanggang yang besar ni dia rajin jenguk dapur...^^

Memang sedap, tak payahlah nak beli dah lepas ni kan? So, saya minta dia ajarkan sebab nanti boleh buat kat KL pulak...ingatkan susah, rupa-rupanya senang (sebab simple) sebab tu dia rajin buat kot...=p
Bahan-bahan yang diperlukan (untuk seekor ayam):
Ayam (saya potong kecil sebab senang nak makan)
5-8 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
5 inci halia
3 sudu besar lada hitam
1 biji bawang putih (dalam 8 ulas)

p/s: Semua bahan-bahan simple dan basic kat dapur rumah...bolehlah try buat, tak payah nak beli kat kedai dah lepas ni...^^

Cara-cara penyediaan: 
First sekali basuh ayam bersih-bersih, kemudia toskan...
Then, tumbuk halia, lada hitam dan bawang putih sampai lumat...

Next, gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan tu...
Lastly, kita perapkan dalam peti sejuk lebih 1 jam (saya perap dalam 3jam lebih)

Boleh start bakar dah, tak pakai minyak pun ye...


Hidangan yang simple dan sedap dimakan...^^

Gambar ayam tak berapa jelas sangat, pakai kamera biasa je...hiasan pun tak menarik, hehe...selamat mencuba ye ^^

Nes Zinatulhayah,
26 January 2013,
Taiping, Perak 
 
Salam Alaik...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Salam Maulidur Rasul sempena ketibaan hari lahir nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013...^^

Tiada harapan selain ALLAH,
Tiada idola selain NABI,
Tiada kata seindah QUR'AN,
Tiada jalan selurus SUNNAH,
Tiada perjuangan selain ISLAM.


Firman Allah SWT:

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, dia sangat merasai penderitaan yang ditanggung oleh kamu dan sangat menginginkan kebaikan untuk kamu, dia sangat mengasihani serta menyayangi orang-orang yang beriman.
(Surah at-Taubah, 9 : 128)

Sebagai tanda sayang dan kasih kepada Rasulullah kita digalakkan memperbanyakkan berselawat kerana dengan berselawat Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.”
(HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang  membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)".
(HR Al-Baihaqi)


Salam Alaik...

Dulu-dulu saya tak suka makan coklat sangat, tak kisahlah mahal ke murah ke...beli ke orang bagi pun saya tak makan sangat...orang bagi kita jangan tolak (selalu tolak, huhu), kalau tak suka ambil try makan...tak nak try makan, bagi orang lain...tak payah nak paksa diri yer...=p

Tapi sejak 2012, saya makin suka makan coklat....mungkin salah satu sebab dapat room-mate orang Langkawi kot, mana taknya kalau dia balik cuti je mesti ada coklat...Selalu jugaklah order, tapi saya lagi prefer coklat yang ada badam macam Vouchelle (awal-awal beli terus habis dimakan) dan coklat Hersheys Kisses Almonds (banyak sangat, tak habis-habis lagi ni)...^^


stok banyak sangat

5 Kebaikan Coklat:
 
1. Meningkatkan tenaga saat olahraga
Anda tak perlu mengambil sports drink atau protein shakes yang banyak disediakan untuk penambah tenaga saat berolahraga. Satu kajian yang diterbitkan di jurnal Applied Physiology, Nutrition, dan Metabolism, membandingkan efek sports drinks dengan susu coklat pada daya tahan atlet untuk memulihkan diri melalui sesi bike sprints, diikuti dengan latihan basikal untuk daya tahan pada hari berikutnya. Ternyata, susu coklat mampu meredakan kekejangan otot setelah sesi sprints sama efektifnya dengan sports drinks, dan memberikan energi bagi atlet untuk melakukan sesi daya tahan hari berikutnya.

2. Menstruasi tidak menyebabkan Anda mengidam coklat
Separuh dari perempuan Amerika sering mengidam coklat, dan separuh dari pengidam itu mengalaminya sekitar waktu menstruasi. Namun peneliti dari University of Pennsylvania mendapati, setelah membandingkan masa pra dan pasca menstruasi, terlihat bahwa hormon-hormon menstrual bukanlah penyebab Anda ingin makan coklat banyak-banyak. Peneliti hanya menemukan bahwa perempuan yang mengalami PMS (premenstrual syndrome) mengalami kecenderungan mengidam yang lebih tinggi. Hal ini ada kaitannya dengan psikologi di balik comfort foods.

“Coklat itu secara sosial dianggap sebagai comfort food, dan orang mendambakan comfort food ketika merasa tidak selesa,” ujar Annmarie Kostyk, pakar coklat dari Professional School of Chocolate Arts, Ecole Chocolat, di Canada.

 
3. Bukan untuk penahan mengantuk
Pernyataan bahwa coklat mengandung kafein itu kerap menimbulkan kesalahfahaman, demikian menurut Kostyk. Sebab, kandungan kafein pada coklat itu sangat kecil. Dark chocolate (cokelat murni) sebanyak 28 gr mengandung sekitar 20 mg kafein, sedangkan 28 gr coklat susu mengandung sekitar 5 mg kafein. Jumlah ini sama dengan 226 ml kopi decaf (tanpa kafein). Bandingkan dengan secawan kopi yang mengandung sekitar 100 mg kafein, bahkan secawan teh yang kandungan kafeinnya 50 mg.

 

4. Mengandung flavonoids
Flavonoids adalah sejenis fitokemikal, yang terdapat dalam coklat secara semulajadi. Menurut Giana Angelo, PhD, pakar di bidang penelitian mikronutrien di Linus Pauling Institute, Oregon State University, kerana struktur kimianya yang unik, flavonoids dapat mendorong efek antioksidan, antiperadangan, dan pelindung sel. Mengambil makanan yang kaya flavonoid dikatakan dapat mengurangi risiko penyakit jantung. Namun untuk mendapatkan manafaat tersebut, pilihlah coklat murni. Rata-rata coklat murni mengandung sekitar 60 % koko, dan mengandung 536 mg flavonoid per 40 gr porsi. Pengambilan 80 mg flavonoid sehari dapat menurunkan tekanan darah.

5. Tidak buruk untuk gigi
Selama ini banyak yang menganggap coklat akan menyebabkan gigi berlubang. Padahal, tidak berlaku sedemikian. Theobromine, molekul organik yang terdapat pada koko, ternyata dapat membantu menguatkan enamel gigi, demikian menurut penelitian dari Tulane University. Sayangnya, theobromine tidak terlalu bermanafaat dalam chocolate bar, kerana kandungan gula dan susunya akan meneutralkan manfaatnya untuk gigi.


Nak jadikan cerita, masa cuti revision week tu saya tak balik rumah sebab tarikh exam start awal...room-mates pulak semua start exam lambat, sebab tu diorang boleh balik rumah seminggu (tinggal seorang diri dalam bilik)...=(

Biasalah, kalau room-mate yang Langkawi ni balik saya orderlah banyak-banyak hajat nak bagi family kat rumah jugak...then satu hari tu, saja call parent nak tanya khabar...call mak tak angkat, call abah tak angkat...so call kakak baru dia angkat...

Saya : "Assalamualaikum...korang kat mana? Kenapa mak abah tak angkat call?"
Kakak : "Waalaikumussalam, haa..ohh kitorang kat Langkawi..."

Saya : "Langkawi??"
Kakak : "Eh..bukanlah, kat area kelapa sawit ni...dalam kereta..." (Nampak sangat tukar topik...hehe)

Saya : "Ohh yeke...ingatkan Langkawi, baru je order kat kawan coklat banyak...kalau korang pergi Langkawi, baik order kat jorang je kan...Kenapa mak abah tak angkat call?" (Saja pancing soalan macam ni)
Kakak : "Laa..kenapa order kat kawan?" (Macam pelik je jawab camtu, diam dan dengar je apa lagi jawapan yang diberi) "Hmm..kat Semanggol  ni, kan ada banyak kelapa sawit...mak abah tak dengar bunyi handphone kot..."(Saya iya-iyakan je, tapi mak abah tak nak cakap ke dengan saya, huhu)...

Saya : "Erm...tak apalah, nanti kirim salam kat mak abah dan semua sekali ye...nanti call lagi, assalamualaikum.."
Kakak : "Ok, waalaikumussalam"

Sebenarnya saya tak jealous pun kalau family nak bercuti mana-mana,tapi kalau luar negara serious boleh jealous kot...haha

p/s : Balik cuti, mak abah dah tempah tiket pergi melancong luar Malaysia...pergi berdua je,tak ajak pun...huhu, yela mak abah ada duit...saya duit pun tak cukup, kena ada kerja tetap macam kakak sayalah (dia dah banyak pergi melancong negara orang)...kalau ada duit banyak, bolehlah jalan-jalan masa muda macam ni...adik ajak pergi umrah, tapi duit???



Nes Zinatulhayah,
23 Januari 2013,
Kamunting, Perak.


Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.