Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah, inilah biskut yang paling
ditunggu-tunggu oleh saya sendiri. Biskut Makmur yang menjadi favourite saya
sejak dari kecil, memang pantang nampak tambahan pula jika biskut itu gebu.
Jom kita sediakan bahan-bahan dulu (boleh dibuat
sehingga 200 biji):
Doh: 1kg tepung gandum (diayak)
160g gula halus (dikisar)
2 tin kecil minyak sapi
Inti: 300g kacang tanah yang
digoreng (dikisar)
70 g gula halus (dikisar)
Salutan: 150g gula aising
p/s: kalau tak larat buat banyak
bahagi kepada 2 setiap bahan-bahan tersebut.
Erm, biskut ni kot yang paling simple sebab bahan-bahan
pun simple je.
Saya mulakan dengan menyediakan bahan-bahan untuk
intinya dahulu ye? Mula-mula sekali pastikan kacang tanah telah digoreng dan
dibuang kulit. Gunakan 1 sudu minyak untuk menggoreng, goreng sehingga kacang
itu kelihatan rangup jangan sampai hitam dan hangus pulak. Selepas itu
senanglah untuk membuang kulitnya nanti.
Dah siap buang kulit semua bolehlah teruskan untuk
dikisar, lagi senang kalau kisar sampai jadi macam ala-ala jem kacang tapi
jangan terlalu cair. Pastikan jugak gula halus untuk inti juga siap dikisar
halus. Then, bolehlah gaul kacang tu dengan gula yang siap dikisar halus.
Dah
siap pun untuk intinya, senang kan?
Ok, kita pergi kepada penyediaan bahan-bahan doh
pulak.
Sekiranya gula halus untuk doh telah dikisar, anda
hanya perlu gaul sahaja semua bahan-bahan doh tersebut bersama-sama sehingga
sebati, lembut (yang halus mulus) dan boleh dikepal. Sekiranya doh anda tak
boleh dikepal, masukkan sedikit minyak jagung (agak-agak sehingga doh boleh
dikepal).
Peringatan: Kalau nak kegebuan tu, jangan terlalu
lembut macam buat biskut-biskut yang lain ye.
Selepas tu, bolehlah bentukkan doh menjadi bujur
atau bulat (saya prefer bulat sebab bulat tu comel, hee...) dengan memasukkan kacang dan gula yang telah kita gaul tadi.
Dah siap? Jom bakar pada suhu 140C selama 15-20
minit.
Ok, kalau dah settle semua bolehlah sejukkan
dahulu biskut itu.
Kemudian barulah salutkan dengan gula aising (golekkan)
Sempat tak jamu raya ni, rasanya dah habis dimakan oleh saya ni. Kena buat banyak lagila nampaknya kan?
 |
| gebu kan? hee... |
 |
| Tekstur dalam biskut makmur ni...=) |
p/s: Kalau tak faham atau ada problem mana-mana
boleh bagi tahu, insyaAllah pengalaman itu banyak membantu.