Translate

Salam Alaik...

Sampai je rumah, adik lelaki saya hidangkan ayam madu lada hitam bakar (ingatkan dia beli sebab rupa macam kat kedai)...rupa-rupanya dia yang buatkan, mak bagitahu sejak beli tempat pemanggang yang besar ni dia rajin jenguk dapur...^^

Memang sedap, tak payahlah nak beli dah lepas ni kan? So, saya minta dia ajarkan sebab nanti boleh buat kat KL pulak...ingatkan susah, rupa-rupanya senang (sebab simple) sebab tu dia rajin buat kot...=p
Bahan-bahan yang diperlukan (untuk seekor ayam):
Ayam (saya potong kecil sebab senang nak makan)
5-8 sudu besar madu
3 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
5 inci halia
3 sudu besar lada hitam
1 biji bawang putih (dalam 8 ulas)

p/s: Semua bahan-bahan simple dan basic kat dapur rumah...bolehlah try buat, tak payah nak beli kat kedai dah lepas ni...^^

Cara-cara penyediaan: 
First sekali basuh ayam bersih-bersih, kemudia toskan...
Then, tumbuk halia, lada hitam dan bawang putih sampai lumat...

Next, gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan tu...
Lastly, kita perapkan dalam peti sejuk lebih 1 jam (saya perap dalam 3jam lebih)

Boleh start bakar dah, tak pakai minyak pun ye...


Hidangan yang simple dan sedap dimakan...^^

Gambar ayam tak berapa jelas sangat, pakai kamera biasa je...hiasan pun tak menarik, hehe...selamat mencuba ye ^^

Nes Zinatulhayah,
26 January 2013,
Taiping, Perak 
 
Salam Alaik...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Salam Maulidur Rasul sempena ketibaan hari lahir nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013...^^

Tiada harapan selain ALLAH,
Tiada idola selain NABI,
Tiada kata seindah QUR'AN,
Tiada jalan selurus SUNNAH,
Tiada perjuangan selain ISLAM.


Firman Allah SWT:

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, dia sangat merasai penderitaan yang ditanggung oleh kamu dan sangat menginginkan kebaikan untuk kamu, dia sangat mengasihani serta menyayangi orang-orang yang beriman.
(Surah at-Taubah, 9 : 128)

Sebagai tanda sayang dan kasih kepada Rasulullah kita digalakkan memperbanyakkan berselawat kerana dengan berselawat Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.”
(HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang  membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)".
(HR Al-Baihaqi)


Salam Alaik...

Dulu-dulu saya tak suka makan coklat sangat, tak kisahlah mahal ke murah ke...beli ke orang bagi pun saya tak makan sangat...orang bagi kita jangan tolak (selalu tolak, huhu), kalau tak suka ambil try makan...tak nak try makan, bagi orang lain...tak payah nak paksa diri yer...=p

Tapi sejak 2012, saya makin suka makan coklat....mungkin salah satu sebab dapat room-mate orang Langkawi kot, mana taknya kalau dia balik cuti je mesti ada coklat...Selalu jugaklah order, tapi saya lagi prefer coklat yang ada badam macam Vouchelle (awal-awal beli terus habis dimakan) dan coklat Hersheys Kisses Almonds (banyak sangat, tak habis-habis lagi ni)...^^


stok banyak sangat

5 Kebaikan Coklat:
 
1. Meningkatkan tenaga saat olahraga
Anda tak perlu mengambil sports drink atau protein shakes yang banyak disediakan untuk penambah tenaga saat berolahraga. Satu kajian yang diterbitkan di jurnal Applied Physiology, Nutrition, dan Metabolism, membandingkan efek sports drinks dengan susu coklat pada daya tahan atlet untuk memulihkan diri melalui sesi bike sprints, diikuti dengan latihan basikal untuk daya tahan pada hari berikutnya. Ternyata, susu coklat mampu meredakan kekejangan otot setelah sesi sprints sama efektifnya dengan sports drinks, dan memberikan energi bagi atlet untuk melakukan sesi daya tahan hari berikutnya.

2. Menstruasi tidak menyebabkan Anda mengidam coklat
Separuh dari perempuan Amerika sering mengidam coklat, dan separuh dari pengidam itu mengalaminya sekitar waktu menstruasi. Namun peneliti dari University of Pennsylvania mendapati, setelah membandingkan masa pra dan pasca menstruasi, terlihat bahwa hormon-hormon menstrual bukanlah penyebab Anda ingin makan coklat banyak-banyak. Peneliti hanya menemukan bahwa perempuan yang mengalami PMS (premenstrual syndrome) mengalami kecenderungan mengidam yang lebih tinggi. Hal ini ada kaitannya dengan psikologi di balik comfort foods.

“Coklat itu secara sosial dianggap sebagai comfort food, dan orang mendambakan comfort food ketika merasa tidak selesa,” ujar Annmarie Kostyk, pakar coklat dari Professional School of Chocolate Arts, Ecole Chocolat, di Canada.

 
3. Bukan untuk penahan mengantuk
Pernyataan bahwa coklat mengandung kafein itu kerap menimbulkan kesalahfahaman, demikian menurut Kostyk. Sebab, kandungan kafein pada coklat itu sangat kecil. Dark chocolate (cokelat murni) sebanyak 28 gr mengandung sekitar 20 mg kafein, sedangkan 28 gr coklat susu mengandung sekitar 5 mg kafein. Jumlah ini sama dengan 226 ml kopi decaf (tanpa kafein). Bandingkan dengan secawan kopi yang mengandung sekitar 100 mg kafein, bahkan secawan teh yang kandungan kafeinnya 50 mg.

 

4. Mengandung flavonoids
Flavonoids adalah sejenis fitokemikal, yang terdapat dalam coklat secara semulajadi. Menurut Giana Angelo, PhD, pakar di bidang penelitian mikronutrien di Linus Pauling Institute, Oregon State University, kerana struktur kimianya yang unik, flavonoids dapat mendorong efek antioksidan, antiperadangan, dan pelindung sel. Mengambil makanan yang kaya flavonoid dikatakan dapat mengurangi risiko penyakit jantung. Namun untuk mendapatkan manafaat tersebut, pilihlah coklat murni. Rata-rata coklat murni mengandung sekitar 60 % koko, dan mengandung 536 mg flavonoid per 40 gr porsi. Pengambilan 80 mg flavonoid sehari dapat menurunkan tekanan darah.

5. Tidak buruk untuk gigi
Selama ini banyak yang menganggap coklat akan menyebabkan gigi berlubang. Padahal, tidak berlaku sedemikian. Theobromine, molekul organik yang terdapat pada koko, ternyata dapat membantu menguatkan enamel gigi, demikian menurut penelitian dari Tulane University. Sayangnya, theobromine tidak terlalu bermanafaat dalam chocolate bar, kerana kandungan gula dan susunya akan meneutralkan manfaatnya untuk gigi.


Nak jadikan cerita, masa cuti revision week tu saya tak balik rumah sebab tarikh exam start awal...room-mates pulak semua start exam lambat, sebab tu diorang boleh balik rumah seminggu (tinggal seorang diri dalam bilik)...=(

Biasalah, kalau room-mate yang Langkawi ni balik saya orderlah banyak-banyak hajat nak bagi family kat rumah jugak...then satu hari tu, saja call parent nak tanya khabar...call mak tak angkat, call abah tak angkat...so call kakak baru dia angkat...

Saya : "Assalamualaikum...korang kat mana? Kenapa mak abah tak angkat call?"
Kakak : "Waalaikumussalam, haa..ohh kitorang kat Langkawi..."

Saya : "Langkawi??"
Kakak : "Eh..bukanlah, kat area kelapa sawit ni...dalam kereta..." (Nampak sangat tukar topik...hehe)

Saya : "Ohh yeke...ingatkan Langkawi, baru je order kat kawan coklat banyak...kalau korang pergi Langkawi, baik order kat jorang je kan...Kenapa mak abah tak angkat call?" (Saja pancing soalan macam ni)
Kakak : "Laa..kenapa order kat kawan?" (Macam pelik je jawab camtu, diam dan dengar je apa lagi jawapan yang diberi) "Hmm..kat Semanggol  ni, kan ada banyak kelapa sawit...mak abah tak dengar bunyi handphone kot..."(Saya iya-iyakan je, tapi mak abah tak nak cakap ke dengan saya, huhu)...

Saya : "Erm...tak apalah, nanti kirim salam kat mak abah dan semua sekali ye...nanti call lagi, assalamualaikum.."
Kakak : "Ok, waalaikumussalam"

Sebenarnya saya tak jealous pun kalau family nak bercuti mana-mana,tapi kalau luar negara serious boleh jealous kot...haha

p/s : Balik cuti, mak abah dah tempah tiket pergi melancong luar Malaysia...pergi berdua je,tak ajak pun...huhu, yela mak abah ada duit...saya duit pun tak cukup, kena ada kerja tetap macam kakak sayalah (dia dah banyak pergi melancong negara orang)...kalau ada duit banyak, bolehlah jalan-jalan masa muda macam ni...adik ajak pergi umrah, tapi duit???



Nes Zinatulhayah,
23 Januari 2013,
Kamunting, Perak.
Salam Alaik...
  
Mesti ramai yang tengok Majalah 3 pasal burger semalam kan?

Erm...saya ni bukan jenis makan burger sangat, tapi nampak macam menarik je terutamanya Man Burger Kukus Lava...^^

Lepas je tengok Majalah 3 tu, abang ipar ajak pergi esoknya...so, kami pun bergeraklah dari Selayang ke Damansara Damai dengan harapan dapat try makan burger ala-ala watak cartoon Spongebob and the gang ni...

Man Burger Kukus Lava dan Bakar

Dalam pukul 9 malam camtu kami sampai, tengok-tengok memang ramai yang beratur...mula-mula macam give up jugaklah nak beratur sebab kalau ikut nombor giliran memang lebih 100+ lah, tapi dah alang-alang sampai kan...


Dalam 1/2 jam diorang beratur (saya dengan kakak baru nak cari tempat duduk siap order air), tiba-tiba ada suara menjerit "Dah habis! Dah habis! Burger dah habis!"...huhu, so memang tak dapatlah try...=(

Click link ni untuk preview burger diorang...lepas ni buat sendiri je kat rumah, tak payah nak beratur panjang...^^


Fiske Steakhouse

Tapi dah alang-alang kat luar, jam pun dah nak pukul 11 malam...kami pun pergi makan di Fiske Steakhouse, AU2 Keramat...kat sini makanan dia memang tahap hotel sebab tukang masak dia memang chef Hotel 5 bintang kot (kalau tak salahlah)...^^

 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzsY6cXPmifgFCSHc89sZcqmg26gu8Ebw-3N7SL08i5zwoSnzW5pNXfIVoCU3hck5cwo_x-ZYZ1HfZ7W-xKkTRjwxNt3k57AYuyi_zR69nKTbaXRUtmW0SGzHXyl6R4xmImcoKe7CxMg/s1600/P8254931-1.jpg
Ni yang saya makan : Special Chicken Chop RM14.90

Kiranya ni dah kali ke-3 makan kat sini (1st dan 2nd pergi dengan office-mates), memang terbaiklah...so, kalau teringin nak makanan western kat luar datanglah sini...^^


Nes Zinatulhayah,
21 Januari 2013,
Selayang, Selangor
Salam Alaik...

Sesungguhnya kebahagiaan dan kedamaian itu dambaan setiap insan. Bahkan ianya adalah fitrah dan naluri keinsanan. Cubalah bertanya kepada sesiapa pun, tentu jawapannya sama: “Kami mahukan kebahagiaan, kami mahukan ketenangan”. Walau siapa pun dia, baik seorang raja atau hamba sahaya, apakah ia orang yang tinggal di kota atau di dusun, apakah ia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan. Hanya mereka yang tidak waras sahaja yang menolaknya.


Setiap orang pasti mempunyai formula kebahagiaan masing-masing. Hari ini jika kita lihat manusia berlumba-lumba mencari sesuatu yang dinamakan kebahagiaan. Bahkan tidak kurang yang terkeliru dalam memandangkan erti kebahagian. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.

Ada yang menyangka bahawa kebahagiaan itu dengan memiliki kecerdasan dan pengetahuan. Ada pula yang beranggapan dengan kesihatan dan kekuatan, harta dan kekayaan. Ada yang beranggapan dengan pengaruh dan kemasyhuran serta berbagai-bagai lagi teori dan formula kebahagiaan. Memang pandangan mata dan zahir manusia sedemikian rupa, mudah mendefinasikannya seumpama menyusun blok-blok kayu lagaknya.

Namun, bahagiakah mereka semua?

Beroleh ketenangankah mereka itu?

Belum tentu, mungkin ya dan boleh jadi tidak.

Kebanyakan manusia mungkin menyangkakan bahawa harta, kuasa, wanita dan pengaruh adalah penentu kebahagiaan dan kedamaian jiwa, namun belum tentu bersamanya bahagia. Justeru, seorang yang tinggal dalam istana yang indah dan mewah, belum tentu lebih bahagia dan tenteram jiwa dari seorang yang tinggal di pondok yang usang. Seorang wanita yang bersuamikan orang kaya belum tentu lebih bahagia dari seorang wanita yang bersuamikan lelaki biasa. Seorang yang mempunyai isteri yang cantik, belum tentu lebih bahagia dari yang mempunyai isteri sekadar sahaja rupa parasnya. Bahkan yang dihidangkan makanan lazat, belum tentu dapat menikmatinya melebihi seorang yang hanya dihidang makanan kebanyakan. Kebahagiaan bukan soal harta, tetapi soal jiwa dan emosi yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya.

Sedangkan dunia dan segala isinya tidak akan dapat membawa kebahagiaan ke dalam hati manusia. Jika beroleh bahagia pun, ianya bersifat sementara sahaja.


Jadi, bagaimana mahu memperolehi ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki?

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) menulis di dalam kitabnya yang terkenal Madarij al-Salikin:

“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap kepada Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan dengan-Nya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepada-Nya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemu-Nya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingati-Nya, keikhlasan yang benar kepada-Nya”.

Nah! Inilah formula kebahagiaan sebenar.

Kebahagian yang hakiki ialah apabila ada tali hubungan dengan Allah SWT, kerana Dialah yang Maha Berkuasa mencampakkan kebahagiaan dan ketenangan ke dalam hati manusia. Bahagia apabila Allah memanjangkan umurnya serta diberikan nikmat untuk berlaku taat kepada-Nya. Itulah erti kebahagiaan.

Di situlah puncak yang dapat menghantar manusia menghirup sejuknya udara kehidupan berupa kebahagiaan yang hakiki dalam erti kebahagiaan di dunia dan akhirat

Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya itu menggariskan beberapa sumber penting yang akan menghasilkan kebahagiaan kepada manusia. Antaranya:

1. keimanan yang hakiki

2. ketenangan - as-sakinah

3. keamanan batin - jiwa yang tenang

4. pengharapan - atas pahala dan syurga dari ALLAH

5. kepuasan - dalam melaksanakan ibadah, puas menjadi hamba ALLAH

6. cita-cita - berazam untuk menjadi hamba ALLAH yang benar-benar bertaqwa

Firman ALLAH SWT:

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.” (az-Zumar: 22)

Sumber : Kembara Mencari Hamba


Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Alaik...


Pulau

Pulau adalah bidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Dalam segi takrifan bahasa, hampir kesemua tanah yang dikelilingi air dikenali sebagai pulau. Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengandungi beratus-ratusan pulau walaupun secara umumnya hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Timur Malaysia.





Jeti Kuala Besut yang sentiasa dipenuhi pelancong

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kawan baik saya Cik Feeza ajak bercuti di pulau. Hmm...pilih punya pilih akhirnya kami memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian selepas tamat practical training di sebuah Audit Firm di Kuala Lumpur. Saya memang dah lama berangan nak bercuti di pulau lagi. Setakat ini biarlah bercuti di pulau di Malaysia dahulu, pulau di luar negara tu insyaAllah coming soon...

  
Pulau Perhentian terletak di Kuala Besut, Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau danHawksbill untuk bertelur. Pulau perhentian terdiri dari dua pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.


Bersedia untuk ke pulau

Walaupun Pulau Kecil air lautnya lebih jernih dan more privacy, kami memilih package 3 hari 2 malam yang  dilengkapi snorkeling acivities dengan budget RM340 seorang di Pulau Besar kerana nak 'menjaga mata'. Anda yang berminat bolehlah rujuk di Booking.com untuk memilih tempat penginapan nanti. Perjalanan dari jeti Ke Pulau Besar mengambil masa kira-kira 30 minit, memang sangat teruja 
menaiki bot di atas laut. Bagi anda yang takut dengan ketinggian (gayat) atau mabuk laut tidak digalakkan duduk di depan bot kerana bahagian tersebut mudah dilambung ombak.


Jernihnya

Alhamdulillah, sampai juga di Pulau Perhentian Besar ni. Tak sabar rasa nak berjalan-jalan di sekitar pantai, swimming dan snorkeling di sini. Hmm...sebenarnya sangat penting untuk membuat preparation ke pulau antaranya berlatih water confident, contact lens bagi yang rabun, bekalan makanan dan minuman, tahu menggunakan peralatan snorkeling dan lain-lain lagi. InsyaAllah kalau water confident anda tinggi, boleh snorkeling lama-lama tanpa perlu memakai life jacket...


Shark point: Kawasan snorkeling

Nasib kitorang tak berapa baik, selama di sana tak dapat pun tengok penyu atau shark(padahal bila dengar shark point takut-takut je nak snorkeling) tapi walau bagaimanapun Alhamdulillah dapat tengok bermacam jenis ikan, batu karang dan hidupan yang lain secaralive. MasyaAllah, memang tak dapat nak dihuraikan perasaan sebenar di sini. Serius, sangat tenang berada di dalam laut. InsyaAllah next time nak pergi dengan family sendiri pulak , rasa rindu nak terokai hidupan laut secara lebih mendalam lagi.



Shark yang jinak





Penyu sama size manusia


























P/S : Emm...best kan? Jomlah diving pulak tapi kena ada lesen dulu...^_^



Photos taken from : Google and MyCanon
Salam...

Laa taiasuu min rauhillah...
     


يَٰبَنِىَّ ٱذْهَبُوا۟ فَتَحَسَّسُوا۟ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَا۟يْـَٔسُوا۟ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْكَٰفِرُون
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf : 87)




Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri aku kaktus berduri...
Aku minta kupu- kupu, Dia beri aku ulat berbulu...
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian,
Kaktus itu berbunga, indah sekali...
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik sekali...
itulah JALAN TUHAN, indah pada masaNya..

Allah tidak beri apa yg kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan..
kadangkala kita sedih, terluka dan kecewa...
Namun jauh di atas segalanya, Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...=)


Yakinlah,
Sehebat mana pun perancangan kita, hebat lagi perancanganNya...

Apa yang diberikan Allah untuk kita setimpal dengan usaha kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita... 

Jadi,
Janganlah berputus asa, teruskan usaha untuk berjaya walaupun mungkin kita tidak dapat seperti apa yang diinginkan tetapi jangan pernah berhenti untuk terus berusaha...^^
Berusahalah semaksima mungkin dan sentiasa bertawakal kepadaNya dengan hati yang ikhlas, mana tahu usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa itu membuatkan kita menjadi manusia yang lebih berjaya...^^

Nes Zinatulhayah,
9 Januari 2013,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Salam...=)

"Your SMILE for your brother is CHARITY"
(HR Tirmidzi, Ibnu Habban & Baihaqi)



Smiling is the SUNNAH of Prophet SAW


Every Sunnah of our beloved Prophet Muhammad Saw is beautiful and today I will be discussing about another Beautiful Sunnah of our Prophet Saw that is Smiling. if you smile you are doing a Virtue and following Sunnah of Prophet Saw. Prophet Muhamad Saw,s face was always full of smile and he used to talk very politely with others. Prophet Muhammad Saw said in an Hadith that “Your smile for your brother is charity.” Smiling is not only a Virtue and Sunnah but it has also many good effects on our Health and life. Following are some of the Benefits of Smiling:

1) Smile always changes your mood. If you are not in a good mood by smiling your mood will change.
2) Smiling will make you attractive. People are always attracted to a person who smiles more.
3) Another Benefit of Smile is that it reduces your stress. When you are feeling tired and stressful by smiling your stress will reduce.
4) Smiling also have good effect on Immune System of a person. Smiles helps Immune System to work better. The reason behind it is because you feel relaxed when you smile.


There is a large List of benefits of Smiling so always keep smiling. Many people mostly remains angry which effects not only their own health and life but other also don,t like such people. There are several Hadiths of Prophet Saw advising us to control our anger and meeting others with a Cheerful face. The real brave person is that you controls his anger and learns to smile. May Allah Swt help us in following the Beautiful Sunnah of our Prophet Saw of Smiling.  

So, don't forget to SMILE...=)

Source : Islamic Blog

Salam... 

La tahzan Innallaaha maana

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
"Dan janganlah kamu BERASA LEMAH dan jangan (pula) BERSEDIH HATI sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman"
(Surah Ali Imran : 139)







Percayalah,
Kesedihan bukanlah penyelesaian masalah...
Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya...
Setiap ujian itu pasti terselit sesuatu pengajaran untuk kita renung kembali apakah kita sudah semakin jauh denganNya,
Kerana sayangnya Dia pada kita maka diberi ujian sebegitu...
Dia ingin melihat sejauh mana kekuatan kita menghadapi ujian tersebut dan bagaimana kita ingin menyelesaikannya...

Jadi,
Janganlah
bersedih disebabkan
tidak dapat berkahwin dengan orang yang kita cintai,
Janganlah bersedih jika gagal peperiksaan walaupun sudah berusaha,
Janganlah bersedih jika sukar mendapat pekerjaan seperti yang diinginkan,
Janganlah bersedih dengan kelemahan diri yang sering diejek dan dipandang rendah oleh orang lain...

Bersangka baiklah dengan apa yang terjadi, sentiasa muhasabah diri dan sentiasalah bersyukur kerana ujian yang diberi tidak sedahsyat rakyat di PALESTINE...

Nes Zinatulhayah,
6 Januari 2013,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Alaik...
Salam peringatan kasihku...
jangan lupa harini selepas solat Asar baca DOA AKHIR TAHUN 1433Hijrah...
dan jangan lupa selepas solat Maghrib untuk DOA AWAL TAHUN 1434 Hijrah pula...



 Maksud:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya
dan aku belum bertaubat daripadanya.  


Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. 

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. 

Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 

 Maksud :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


SALAM MAAL HIJRAH 1434 daripada saya sekeluarga...
Semoga segalanya terbaik untuk tahun ini...
Amin ya rabbal alamin...

Bismillahirahmanirrahim...
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
 Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud,
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” 
 Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut. Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.


Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

sumber artikel : Sang Mentari
Gambar : Google


Copyright © 2012 ♥ Not Everyone Shares ♥.